Minta maaf kerana post kali ni mengeluarkan kata-kata yang sedikit emosi.
Tidak tahu untuk diluahkan kepada siapa. Kadang-kadang suara hati ini terasa menjerit untuk jelaskan kepada orang yang terdekat denganku untuk meluahkan perasaan. Nak beritahu apa sebenarnya yang tersirat di hati ini. Tapi aku tidak mampu meluahkan segalanya sampaikan kadang-kadang membuatkan kepala menjadi berat, pernafasan pun menjadi payah sehingga aku terpaksa menarik nafas dalam berulang kali. Aku faham sememangnya setiap orang sememangnya ada masalah...
Aku juga faham yang Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Tapi terasa sukar untuk mengangkat diri supaya tabah menghadapi cabarannya. Kadangkala bila terasa tersungkur, aku jatuh, tapi bukan senang untuk kuatkan semangat, bangun dan berjuang kembali. Terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak seperti dulu, bergembira dan bermain sahaja tanpa perlu memikirkan macam-macam penyelesaian.
Di depan, aku senyum tapi bila di belakang, bila di rumah sorang-sorang, aku jadi sebaliknya...Bagaimana untuk menjadi tabah sedangkan aku bukanlah orang yang tabah. Banyak kali jatuh dan bangun, bagaimana untuk bertahan sedangkan diri terasa seperti nyawa-nyawa ikan? Hanya Allah yang tahu...
Mudah-mudahan aku dipermudahkan segalanya...Amin
TAMBAH KOLEKSI PANDORA
4 hours ago