Music

Showing posts with label khabar. Show all posts
Showing posts with label khabar. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

Apa khabar kamu di sana?

Kembali bergelar pelajar balik...macam tak percaya je tak sempat berenjoy tak payah belajar sekarang kena bergelumang kembali dengan pembacaan journal dan buku-buku...Baru je aritu beli buku-buku cerita, banyak...lebih 7biji novel, dah la tu tebal-tebal pulak tu..semangat nak membaca ada, cuma belum berkemampuan sahaja membacanya...

Ape nak cerita ya...al kisahnya, kekurangan idea untuk penulisan literature review ni, tidaklah diketahui bagaimana terbukanya pintu hati hamba untuk membuka blog yang sudah bersawang ini kembali. Nak sapu-sapu sawang dan habuk kat blog ni pun bukannya senang, kena belajar balik cemana nak cari dinding yang cantik sket, nak susun kerusi dan meja yang dah bersepah ni satu hal pulak...huhu...ape la sempat lagi daku merepek...

Kawan-kawan semua,
mesti sudah ramai antara kalian yang tidak meneruskan penulisan di blog lagi ye tak? Nape ye, bila torai bukak some of the blog kat bloglist saya ni tak dapat dibuka...urm...mungkin ramai yang dah berenti menulis dalam blog kut...tengok blog luffly pun dah retired lama dah...kak lin, kak iina, kak tiny dan ida yang masih lagi meneruskan perjuangan dalam berblog...

Aku sudah kembali...Apa khabar kalian di sana?

Tuesday, January 20, 2009

Aku sudah berada di sini

Buat kesekian kalinya, hari ini aku telah pun berada di tanah besar Semenanjung. Nampaknya mungkin aku telah ditakdirkan untuk menetap di sini, buat sementara waktu. Walau macammanapun perancangan yang telah kita buat, ia hanyalah perancangan kita sebagai manusia semata-mata. Akhirnya Allah juga yang menentukan hala tuju kita di dunia ini. Setelah berusaha, kita perlu redha dan bertawakal dengan kehendaknya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, mana kita tahu kan???

Erm, sekarang ni aku berada di cc di suatu tempat di PKNS, tempat dulunya aku selalu berkunjung ke sini dengan kawan-kawan. Aku ke cc semata-mata untuk melawat blogku ini, rindu sungguh untuk berblog, sememangnya aku adalah blogger yang tegar...:). Aku juga rindu untuk menjengah mendengarkan khabar dari blog-blog kengkawan, jika ada masa aku akan berjalan-jalan ke blog kengkawan ok...

Aku di sini, sebagai penganggur yang kehormat, berasa sungguh bosan duduk di rumah seorang diri. Tu baru sehari terperuk kat umah, belum lagi hari-hari seterusnya. Apa lagi yang kubuat, lepas buat sarapan, kemas-kemas rumah sikit, basuh baju, tengok tv, serasa berserabut sungguh kepala otakku. At last, aku capai handbag untuk berjalan-jalan membuang masaku di luar. Actually bukannya best pun, dah la kena jalan-jalan sensorang...erm...nak wat cemana, nak jumpa kengkawan, sume dah ada komitmen masing-masing kan???

Sebenarnya, aku nak jugak upload gambar-gambar yang best yang telah aku ambil semasa dalam perjalanan ke sini, tapi tertinggal pen drive la pulak. Apa pun kengkawan sekalian, doakan aku yang terbaik ok...semoga aku mendapat pekerjaan yang sesuai buatku... Amin...

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com