Music

Wednesday, June 18, 2008

Beras oh beras

Minggu lepas saya dan keluarga pergi ke Giant Putatan, beli barang keperluan dapur. Apabila kami menuju ke arah tempat beras, kami terkejut apabila melihat hanya terdapat 2 kampit beras 10kg dan 3 kampit beras pulut di sana. Dua kampit beras 10 kg tu pun dah dicop oleh pakcik pakai kopiah tu. Ke mana perginya beras-beras yang lain?

Kami pun bertanyakan kepada salesgirl yang tengah menyusun barang untuk mendapatkan kepastian. Tau tak dia cakap apa? Dia cakap semua beras dah HABIS. Ni apa hal ni kerajaan punyalah jamin beras ada tapi sebenarnya tiada. Ni taktik nak naikkan harga barang ke? Tapi seminggu je keadaannya begitu semalam saya pergi ke Giant beras dah banyak balik dah.

Selepas kenaikan mendadak harga minyak ni, setiap hari minggu saya hanya duduk rumah je. Menyahut seruan kerajaan untuk berjimat. Jimat minyak, jimat duit. Kalau pergi shopping complex tu mesti ada sahaja yang berkenan di hati. Terfikir juga bagaimanalah orang-orang susah tu nak beli barang dapur. Semua harga barang dah naik. Harga roti canai pun dah RM 1.20.

Hmm ada tak affiliate jual beras??hehe..tak de la saja je tanya...

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com