Wednesday, September 10, 2008

Sherliana Gediun, gadis UMS yang dibunuh

Mayat Sherliana Gediun ditemui di Kg Lugading, Tuaran pada Khamis lepas di mana mangsa telah pun dibunuh di antara 3 ke 7 hari, dan dipercayai dirogol dan kemudiannya dibunuh.

Kedua tangannya diikat dengan bajunya sendiri dan dijumpai badannya menghadap ke bawah di tepi jalan. Menurut polis juga mangsa tersebut patah gigi depan, tulang rusuk dan kaki.

Menurut ahli keluarga mangsa, pada 22 Ogos, mereka telah menghantarnya ke stesen bas Tandek untuk balik ke UMS. Tiga hari kemudiannya, mereka terkejut apabila diberitakan oleh kawan sekelasnya bahawa mangsa tidak hadir di kelas. Penemuan mayat oleh pihak polis mengesahkan bahawa mangsa telah dibunuh dan pada 30 Ogos, ahli keluarganya menuntut mayat tersebut untuk dikebumikan.

3 suspek telah ditangkap dan dipercayai terlibat dalam kes ini. Diberitakan bahawa mereka adalah sekampung dan juga dikenali oleh mangsa. Ketiga-tiga penyangak tersebut berumur 20an, di mana salah seorang pemandu kereta sapu. Salah seorang pemuda yang dikenalinya pernah sekelas dengannya semasa berskolah di SMK Kota Marudu. Perumpamaannya, kawan makan kawan. Sudah tentu mangsa tidak menyangka sesuatu yang buruk boleh dilakukan oleh kawan.

Saya faham, mangsa tentu tidak menyangka mereka (salah seorang bekas kawan sekelas) yang juga kawan sekampung sanggup melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Sepatutnya kejadian rogol yang baru sahaja berlaku sebelum ini, yang juga adalah pelajar UMS perlu didalami seadilnya, terutama dari aspek penguatkuasaan undang-undang. Seperti juga kes Sharlinie, masih lagi belum diketahui nasibnya.

Teksi dan bas sapu memang bersepah di Sabah. Pemantauan perlu dilakukan terhadap kewujudan teksi dan bas sapu yang semakin bertambah-tambah. Keselamatan rakyat perlu diutamakan dan perogol, pembunuh, penculik, pencuri perlu dibanteras, bukan hanya untuk jaga kepentingan politik semata-mata.

Bagaimana Cara Makan , Begitulah Cintanya

Janganlah percaya sangat,layan jer..

Perrhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :

-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :

-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :

-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak :

-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :

-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :

- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan.....dan cinta korang....erk ?

Monday, September 8, 2008

Update kes rogol pelajar UMS

Di bawah adalah perkembangan terkini pembunuhan pelajar UMS.

DAILY EXPRESS NEWS 3 suspects held over murder of UMS student

Kota Kinabalu: Three local people, one of them a suspected pirate taxi driver, have been detained in connection with the murder of a 22-year-old Universiti Malaysia Sabah (UMS) student.

A taskforce specifically formed to investigate the murder made the first arrest in Tuaran on Wednesday, less than a week after the body was found, and subsequently hauled in the rest in Kota Marudu.

Sabah Commissioner of Police Datuk Noor Rashid Ibrahim said the suspects, in their 20s, were remanded for four days for investigations under Section 302 of the Penal Code for murder.

He said police were confident of wrapping up the probe. "We are in the process of completing the investigations," he said, Saturday.

He said police believe the decomposed body that was found in Tuaran were the remains of UMS student Sherliana Gediun, but pointed out they were still waiting for a DNA report to confirm her identity.

A final year student at the School of Education and Social Development, Sherliana left home at Kampung Damai in Kota Marudu where she spent her holidays on Aug. 22 but never reached the university.

She was last seen by her mother and younger brother who sent her to the Kota Marudu bus terminal, where she took a van, believed to be a pirate vehicle, destined for the capital.

A pupil made the horrifying find of the badly decomposed body while walking to school at Sulaman in Tuaran on Aug. 28.

In light of the arrests, Noor Rashid has ordered a check on all private and pirate taxi operators Statewide.

"We believe one of the suspects detained is a pirate taxi driver," he said.

It is believed the inspection is intended to ascertain if the drivers, especially those operating pirate taxis, have any criminal records.

Meanwhile, Sabah Officer in-Charge of Crime Investigations (OCCI) SAC II Zainal Abidin Kasim disclosed that a host of personal items belonging to the victim were not found on the body.

"We could not trace the belongings É it would be good if we can find the items to tie them to the case," he said.

He urged the public who had obtained dubious goods, or who have any information on the student's belongings to contact the State police immediately at 088-450222 (General Line).

Sunday, September 7, 2008

Inflasi di Zimbabwe

Apakah makna inflasi di Zimbabwe kepada rakyat miskin di negara tersebut? Berdasarkan kepada tahap inflasi semasa, harga sandwich adalah $50 milion, 1 kg kentang berharga $17 milion. Dashyatnye...Ini bermakna, nilai dolar bagi Zimbabwe mencapai sehingga angka 0.

Pada May 2, 2008, Reserve Bank of Zimbabwe (RBZ) telah mengeluarkan isu bahawa nilai mata wang bagi 500 million dollar mempunyai tamat tempoh. Ia memang benar, nilai wang Zimbabwe $50, 0000000.00 boleh digunakan sehingga Disember 31, 2008. Selepas Disember 31, 2008, tiada siapa boleh menerimanya.
Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.

Anda boleh lihat sendiri harga bagi barang-barang makanan yang dijual di pasar
Lelaki ini telah membeli sebuku roti selepas membeli daripada pasar yang menerima 15 milion Zimbabwe dollar. Zimbabwe menghadapi tahap inflasi tertinggi di dunia iaitu lebih daripada 100,000 per sen.

Wednesday, September 3, 2008

Salah media ke salah diri sendiri?

Terkesan sungguh rasa hati ini bila mendengar khabar dari Sabah berikutan berlaku lagi kisah kejadian rogol yang membabitkan pelajar UMS.

Seminggu lepas pelajar-pelajar balik dari bercuti selepas tamatnya hari konvokesyen. Malang telah berlaku pada salah seorang pelajar institusi tersebut di mana Mangsa di dalam perjalanan pulang ke IPT tersebut daripada kampung halamannya, iaitu di Kota Marudu. Pada waktu sepatutnya mangsa sudah sampai di hostel, tapi mangsa masih lagi senyap dan tidak memberitahu di mana beliau sudah berada. Selama seminggu kehilangannya, barulah mayatnya yang telah reput ditemui. Perogol tersebut tidak berjaya lagi ditemui (Saya namakan ini kes 1 untuk memudahkan ulasan).

Sebelum ini kisah seorang lagi pelajar IPT juga telah diculik semasa dalam perjalanan pulang dari gereja, bersama kawan-kawan. Beliau telah dilarikan oleh 2 orang penculik tersebut tanpa sempat diselamatkan oleh kawan-kawannya. Mangsa tiba-tiba ditarik oleh suspek ke dalam kereta sebelum dilarikan ke Tambunan. Ini kerana beliau berjalan di tepi jalan tetapi terbelakang sedikit daripada kawan-kawannya kerana asyik bersms. Gadis malang ini telah dirogol dengan kejam dan ditinggalkan di tepi jalan, dan nasib baik kurang sehari gadis ini telah ditemui. Dia trauma sehingga ke hari ini. Penculik dan perogol tersebut,masing-masing 28 dan 29 tahun dihukum dengan hukuman berat (Kes 2).

Apakah pengajaran daripada kisah-kisah yang saya utarakan di sini? Di sini saya ingin mengulas mengenai berleluasanya kejadian kes rogol di Sabah. Itu baru kes-kes yang diketahui? Bagaimana dengan kewujudan kes yang sengaja ditutup oleh sesetengah pihak?

Bagi kes 2, kita telah berjaya menangkap 2 suspek terbabit. Huh, kita selalu menyelar yang kejadian seperti ini selalunya dibuat oleh PATI. Rupa-rupanya ia dibuat oleh bangsa kita sendiri. Melalui post mostem yang dilakukan, ia betul-betul diluar jangkaan kerana cara ia dilakukan begitu pelik. Seolah-olah dibuat oleh seorang yang psiko terhadap seks. Dan alasan yang diberikan adalah 'ingin mengaplikasikan tontonan 18SG mereka terhadap orang lain'. Sungguh BODOH. Mereka mengakui gagal mengawal hawa nafsu kerana pengaruh minuman keras dan dadah di mana ia menyebabkan mereka berada dalam keadaan khayal dan tidak siuman sehingga mereka sampai hati melakukan perkara tersebut.

Pada pendapat saya, orang-orang seperti ini selalu menonton cerita lucah atau cerita ganas yang mudah didapati melalui internet atau VCD yang dijual, ditambah pula dengan kesan minuman keras dan dadah, daya imaginasi mereka menjadi semakin tinggi dan keupayaan mereka untuk membuat sesuatu di luar kawalan menjadi bertambah kuat, sehingga mereka tidak mampu lagi menimbang mana yang betul dan salah.

Diharap anak-anak kecil sentiasa berada di bawah perhatian orang tua dan janganlah dibiarkan mereka berjalan bersendirian, dan gadis-gadis juga diharap dapat menjaga diri mereka sendiri dan mengelakkan benda-benda seperti ini berlaku dengan memastikan;
1. Pastikan adanya perempuan lain atau bukan anda seorang yang menaiki bas tersebut
2. Jangan berjalan bersendirian
3. Pastikan jangan berjalan di kawasan yang sunyi
4. Bawa perfume spray/chilli spray sepanjang masa, jika berlaku apa-apa, spray sahaja matanya
5. Pastikan telefon bimbit anda ada kredit jika ada kecemasan

Apapun, tip yang paling selamat adalah mengelak sebelum kena. Sama-samalah kita nasihat menasihati antara satu dengan lain.

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com