Wednesday, January 21, 2009

Aku kembali lagi

Salam kengkawan sekalian, thanks sebab selalu jenguk-jenguk blogku kat sini eventhough owner blog nih tak online pun. Erm, nak wat cemana kan...sekarang ni aku tengah menumpang online kat opis kawan aku, sesaja jalan-jalan kat sini nak amek cek yang dah tertangguh sejak sekian lama iaitu sejak 2006. Percaya tak??? Aku sampai dah naik lupa dah pasal cek nih...hihi...

Esok aku dipanggil interview di salah sebuah company di Petaling Jaya, doakan aku supaya dapat kerja tu ok... sebenarnya aku sekarang takde la pentingkan sangat tentang gaji, yang pentingnya biarlah setimpal dengan qualification dan pengalaman yang aku ada, itu dah cukup memadai...lagipun, kalau duduk rumah pun, kepala aku ni terasa jam bebenor, macam-macam juga kerja mencuci rumah, mop lantai, masak sampai aku dah tak tau nak buat apa dah...

Semalam nengok berita kat tv3, nampak sangat Bush yang mengaku nak jadi Presiden Perang sebelum menjadi Presiden dahulu telah turun dari takhta kerajaan dengan tahap kemaluan yang melampau, yang paling ketara tentang wartawan yang membaling kasut saiz 10 inci itu kepada Bush, tapi terror gak Bush sebab berjaya mengelak balingan tersebut...ni Osama ni taktau la, walaupun sebaik cemana dia, tapi apapun die tetap tak boleh sehingga melampaui polisi kerajaan sedia ada. Sekarang kita hanya boleh tunggu dan lihat je la, harap-harap Presiden Amerika yang baru ni lebih baik daripada presiden sebelum ini.

Lupa pulak nak cerita. Semalam di Puncak Perdana, on the way aku nak pergi PKNS, aku dapati ada sebuah kereta yang hangus di tepi jalan. Aku pelik la juga kenapa kereta tu diletakkan di situ, apakah ia sebuah kereta lama atau etc. Rupanya, bila hubby aku balik, die cerita pasal accident tu baru malam semalam terjadi, kereta tersebut meletup dan didapati seorang ibu dan anaknya berpelukan mati. Mengikut ceritanya, kereta Kancil tersebut turun dari bukit bertembung dengan kereta Kelisa sepasang kekasih dari arah bertentangan. Kemudian kereta Kancil tersebut berpusing-pusing dan meletup. Innalillahi wainnailahi rajiun...Kat kawasan ni kan kawasan baru, memang kena berhati-hati lebih sikit lebih-lebih lagi kalau drive di malam hari. Dah la gelap semacam jer, kat certain area je ada lampu. Dulu-dulu, ada kawan hubby aku penah terserempak dengan hantu kat satu simpang tuh. Takut tak??? Hehehe...

Ok la kengkawan sekalian, nanti aku akan mengupdate lagi blog nih. Cuma tak tau bila...Sori sangat dengan kengkawan sekalian andainya aku tak sempat untuk berkunjung ke blog u all...Bubye...

Tuesday, January 20, 2009

Aku sudah berada di sini

Buat kesekian kalinya, hari ini aku telah pun berada di tanah besar Semenanjung. Nampaknya mungkin aku telah ditakdirkan untuk menetap di sini, buat sementara waktu. Walau macammanapun perancangan yang telah kita buat, ia hanyalah perancangan kita sebagai manusia semata-mata. Akhirnya Allah juga yang menentukan hala tuju kita di dunia ini. Setelah berusaha, kita perlu redha dan bertawakal dengan kehendaknya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, mana kita tahu kan???

Erm, sekarang ni aku berada di cc di suatu tempat di PKNS, tempat dulunya aku selalu berkunjung ke sini dengan kawan-kawan. Aku ke cc semata-mata untuk melawat blogku ini, rindu sungguh untuk berblog, sememangnya aku adalah blogger yang tegar...:). Aku juga rindu untuk menjengah mendengarkan khabar dari blog-blog kengkawan, jika ada masa aku akan berjalan-jalan ke blog kengkawan ok...

Aku di sini, sebagai penganggur yang kehormat, berasa sungguh bosan duduk di rumah seorang diri. Tu baru sehari terperuk kat umah, belum lagi hari-hari seterusnya. Apa lagi yang kubuat, lepas buat sarapan, kemas-kemas rumah sikit, basuh baju, tengok tv, serasa berserabut sungguh kepala otakku. At last, aku capai handbag untuk berjalan-jalan membuang masaku di luar. Actually bukannya best pun, dah la kena jalan-jalan sensorang...erm...nak wat cemana, nak jumpa kengkawan, sume dah ada komitmen masing-masing kan???

Sebenarnya, aku nak jugak upload gambar-gambar yang best yang telah aku ambil semasa dalam perjalanan ke sini, tapi tertinggal pen drive la pulak. Apa pun kengkawan sekalian, doakan aku yang terbaik ok...semoga aku mendapat pekerjaan yang sesuai buatku... Amin...

Wednesday, January 14, 2009

Entri terakhir sebelum ke sana...

Tak sangka cepat betul masa berlalu...esok dah nak fly. Semalam, tengah duk sibuk membuat kerja mengedit kerja-kerja nihLight Bulb, tetiba kat meja aku diletakkan benda nih...


Ms Leung tepuk belakang aku, terkejut gak aku bila dia menghulurkan present iaitu sebuah buku resipi 'Eat for Heath by Gina Steer', aku snap kat umah baru tepek kat sini...Die kata 'boleh try memana recipe yang best, semuanya yang baik untuk kesihatan, jadi bolehlah masakkan untuk husband'. Boleh tu die terfikir camtuh...baiknya diaGoofy

Terharu juga aku, pastu ada lagi kalungan cina cam kat bawah ni, Ms Leung kata maksudnya 'Kaya Raya'. Bravo!


Nampaknya bos dah mula bersedih kerana satu-satunya staff Melayu 'kesayangannya' Blushy 2akan meninggalkannya tidak lama lagi. Apa boleh buat bos, aku pun ada life gak nak kena teruskan. Ni dah kali ke 4 dah aku menangguhkan pemergianku, untuk siapkan kerja-kerja ni...ye la, susah gak nak carik orang baru dan buat kerja yang aku buat...actually aku memang nak abiskan juga kerja-kerja ni sebelum berambus, tapi apakan daya, project duk delayed jer...memula expected project ni abis bulan July tahun lepas, then extend bulan October, extend lagi bulan Disember, ni taktau nak extend ke bulan apa lagi, maleh aku nak amik tau, yang penting sekarang, aku nak memblahkan diri. Tu la kan, dah sampai seru nak berenti. Masa nak minta keje dulu bukan main la tak sabar nak mula kerja, tapi sekarang ni tak sabar pula nak berenti...

Nama je dah nak pindah satu barang pun belum lagi aku masukkan ke dalam beg. Gini la suka buat last minute...Takut ada pape yang penting la aje ketinggalan nanti, kan ke payah terpaksa soh adik aku ni mengepos pula, mahal lak tu adik aku charge harga pengeposan tuh, lagi mahal dari harga pos laju. Dia kata, 'penat tu... adik yan kena bangun pagi-pagi gi pos surat kakak' I've Got Itbijak betul kan, pandai carik duit. Hehe...malam ni aku kena habiskan proses pengemasan barang, rasanya tak banyak mana pun barang yang nak dibawa tu...Ummm

Tuesday, January 13, 2009

Entri sebelum ke sana...

Salam...sudah beberapa hari aku tidak menulis apa-apa entri, di samping tak ada ideaSmileyCentral.com, aku juga terpaksa menyelesaikan something kat tempat kerja, supaya orang yang ganti tempat aku ni tak la kalut sangat mencari-cari data...sebab dah nak berhenti kerja dan berhijrah pula di tempat orang. Semoga penghijrahan ini membawa 1001 sinar buatkuSmileyCentral.com...

Happy Birthday yang ke 33 juga buat kak Azza...semoga dirahmati Allah dan dilindungi olehNya sentiasa...Semoga impianmu menjadi kenyataan....

Thursday, January 8, 2009

Bagaimana memikat hati si dia???

Ni nak share satu video klip, tapi dinasihatkan, mereka yang closed minded, mempunyai otak kuning atau biru atau mereka yang tidak menerima mesej yang boleh menyebabkan salah faham, sila jangan membukanya, okeh...Thanks guys...

video


Rumusan untuk menawan hati wanita adalah;

1) Hanya lelaki yang bijak dan romantik boleh mendapatkan wanita seperti yang diimpikan.
2) Tidak perlu terlalu terburu-buru dalam melakukan apa-apa urusan, relax, ambil masa dan sabar
3) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa
4) Perlu melangkah dengan penuh bergaya dan konfiden, elakkan daripada terlebih yakin... jangan hipokrit la pulak...

p/s : best la kalau camni, boleh dapat anak sorang satu tahun...

Wednesday, January 7, 2009

Menjawab tag lagi

Oleh kerana takde idea nak menulis jadi arini nak menjawab tag la...Dua tag dicombine dalam satu entri ok kan???Waving

Tag 1 : dari eiyda dan bb

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.Add Image
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag

b) 10 fakta/hobi aku....

Fakta atau hobi yer...ni memang mengambil masa agak lama untuk menganalisis diri sendiri...

1) anak sulung daripada empat orang adik beradik

2) suka tengok cerita hantu dan misteri...ANNOUNCEMENT! siapa nak gi nengok wayang cite antu sila ajak aku okeh!!!

3) suka kepada alam semulajadi, suka jalan2 di kaki gunung, air terjun, tepi pantai

4) tak suka bershopping. Laki aku lagi terror dalam bab-bab bershopping ni dari aku...tapi kalau nak beli something tu, sanggup pusing-pusing shopping complex, sanggup lak tu tak yah beli pape kalau benda tu tak dapat dijumpai, heh, penat je sesiapa yang nak menemani aku bershopping la..

5) sensitif dan suka study pasal something, tak kirala analyse perangai orang ke atau nampak benda pelik-pelik ke, pastu aku try to imagine. Contohnya perkataan bubut...perkataan ni adalah slang sabah bermaksud kejar, tapi perkataan tu macam pelik jer aku nengok...heh...BUBUT...cemana diorang ble create perkataan tersebut belum lagi aku dapat pastikan...Ignoring You

6) suke nengok cite Hindustan, especially yang sedih-sedih, pastu nangis...hah...untuk release tension...

7) tak suka mimpi pasal seseorang tuh, buat aku terfikir-fikir je

8) suka makan macdonalds especially prosperity burger...tapi tatau la sekarang ni kan tengah panas isu boikot...jadi aku tak jadik nak menjamah lagi burger favourite aku nih...

9) Aku suka berfikir semua probs sekaligus, jadi aku mudah migrain, ada orang tu selalu nasihatkan aku supaya fikir satu-satu, jadi tak semak kepala hotak nih..

10) aku tak suka lipat kain. kalau jadi tukang cuci tu senang je, masuk je kain-kain tu dalam washing machine dan jemur, tapi tang lipat kain tuh, alahai, kalau boleh sume aku nak sangkut je..

c) 10 org yg bertuah

Erm...nak tag ke ye???Okeh la, kite senaraikan kat bawah ni yer...kalau dah penah jawab takyah la ok bebeh...

1) Ros
2) Eiyda
3) Tera
4) SriSufi
5) Misya
6) Yan
7) rama-rama
8-10) sesapa nak jawab tag nih...


Tag 2 : Juga dari bb

1. Pernah menyambut tahun baru?
pernah jugak la...

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
di klcc, dataran shah alam dan di rumah

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
bangun awal dan berfikir tentang azam baru

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
erm..sedih sebab usia pun dah meningkat, dan juga beberapa impian yang ingin dicapai terpaksa diextend ke tahun depan...

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
percaya, yang penting usaha dan tawakal...

6. Senaraikan 3 orang yang ingin anda dekati tahun baru neh
mana ble bgtau...malula...

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh
satu jer, orang yang suka cakap ikut sedap mulut

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
ada...

9. Azam anda tahun lepas (2008)
ada yang dapat dicapai dan ada yang tidak berjaya

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )
semoga dapat dicapai sebaiknya, Amin

11. Senaraikan 7 org penerima hadiah tag ini

sama seperti di atas, ada ok kengkawan???

1) Ros
2) Eiyda
3) Tera
4) SriSufi
5) Misya
6) Yan
7) rama-rama

Yeyeh...dah abis jawab dah..takde hutang tag lagi...Bouncy 3

Sunday, January 4, 2009

Korang suker robot tak???

Ada tak sesiapa yang minat dengan robot, dah besar-besar pun, walaupun dah boleh jadik bapa budak pun masih lagi berminat untuk bermain robot???Disappointed 2

Robot bukan sebarang robot, ni robot mahal nih...rega beratus as a collection untuk kepuasan diri sendiri...pakwe aku minat gile tapi rege mak oi mahal kemain. Di bawah ni beberapa collection pakwe aku.


Mula-mula dulu aku memang kureng dengan hobi pakwe mengumpul robot-robot seperti Gundam, Transformers, Mutiara Naga tuh, etc...Ye la, dahlah dengan reganya yang mahal, taim keluar dating pun mesti ajak aku masuk kedai robot, lama pula tu menilik robot-robot tuh...jenuh aku tunggu...Bow Down Before You pastu gi lagik kedai lain. Duk perati la ke'smooth'an, cantik tak cantik, local ke tak...mana dia nak yang local ni, dengan rega yang murah pastu material pun lembut, etc...Tapi takpe lah, nanti dah ada anak kang tak payah susah-susah lagi beli mainan etc, bagi jer die robot-robot yang dah ada nih...Laughing 1(Nangis tak berlagu la pakwe kang)

Friday, January 2, 2009

Pos laju yang hampeh...

Salam semua...hari ni dah 2 Januari 2009 kan...cepatnye masa berlalu, teringat lagi suatu masa aku berlari-lari anak di gigi air bermain-main ombak di persisiran pantai nan indah itu...huhu...merepek lakAnnoyed And Disappointed

Awal pagi sebelum gi keje, gi post office dulu ambil parcel yang hubby antar sabtu lepas, pos laju tau...hubby dah track number code die tu bagitau yang parcel tu dah sampai kk sejak hari ahad lagi, maknanya sehari jer parcel tu ambil masa dari untuk sampai ke post office kk dari kl tuh...senin cuti kan, aku paham la...aku tunggu-tunggu lagi hari selasa dan rabu...tapi tak sampai-sampai juga..hubby aku dah tension dah sebab parcel tu sebenarnya berisi sim card line baru yang dibelinya, untuk kami bergayutan macam tarzan kat teponCouples...Laki aku risau gak la dah la sim card tu line, kut kut la tetiba ada orang terkidnap sim card tu dan guna sekali bil laki aku yang kena bayar, naya...

Nak dijadikan cerita, awal pagi sebelum pukul 8.oo pagi lagi aku dah terconok kat depan bangunan pos laju. Aku masuk dan terus memberikan tracking code parcel tersebut. Aku cakap 'Cek tracking code tu bagitau hari Ahad lagi dah sampai parcel tu nape tak sampai-sampai lagi?' pas tu die cakap 'Ahad cuti', aku lak balas 'Ahad dan Isnin memang cuti tapi hari Selasa dan Rabu kan tak cuti?'. Pas tu die diam dan masuk ke dalam ruang penyimpanan kat belakang...sesambil menunggu aku membaca novel jap...

Lama gak aku tunggu tu dekat setengah jam baru die kuar...aku tanya di mana dia jumpa parcel tu... pas tu die cakap 'Parcel ni dah dimasukkan ke dalam bungkusan yang tak dapat dihantar, jadi sebab tu kena punggah banyak barang yang lain dulu'. Aku terkejut. Aku tengok alamat dah ok. Aku tanya lagi 'napa tak dapat antar?' dia jawab 'sebab banyak barang lain yang kena dihantar'. Pas tu aku cakap ' abis barang saya ni bukan barang yang kena hantar ke? barang ni pun bayar jugak, kan'. Dia diam je...Pas tu aku blah dari situ...

Isy...geram betul aku rasa. Abis kalau cam gini la kerja memang teruk la...entah-entah banyak lagi barang-barang lain yang senasib dengan aku...mungkin sebab barang-barang lain yang dihantar lebih mahal kut kos die dari barang aku nih, RM10, tapi tu kan dah memang tugas diorang...apesal pula nak main pilih-pilih pulak???Oh Jeez


p/s : Sori la kepada mereka yang bekerja kat bahagian pos laju kalau terasa yer..aku cuma nak meluahkan perasaan panasku ni aje...

Thursday, January 1, 2009

Tag lagi...Layanzzz...



Aku telah di tag oleh Farina...soalan dia ni mencabar minda aku untuk berfikir, kengkadang jawapan 1 sama pula ngan jawapan 2 tuh...takpe la, dengan penuh sporting mortingnya aku layannn...

Tag 1 : TAG Farina

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
baik
- setia kepada yang satu
- menepati janji
- boleh membuat aku ketawa
- 'tahan tukul' mendengar masalah aku
- tidak kasar
- boleh bertolak ansur

7 org yg penah anda minati seumur hidup
- pernah tu bolehla jugak dilistkan tapi bukanlah seumur hidup pun...
erm...pikir dulu yer...
- syg
- abg
- enai
- shah rukh khan
- hritrik roshan
- saif ali khan
- leonardo dicaprio

7 perasaan sekiranya keluar ngn org yg anda minati
- seronok
- bahagia
- happy
- malu-malu kucing
-buat dia malu-malu kucing jugak
- tetiba jadi bukan diri sendiri pulak...tak elok tul
- tadek idea lak

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan
-langkawi
- tidur di chalet kat kaki gunung kinabalu tuh...best
-genting highlands (tak berape sejuk sangat dah, tapi bolehla untuk main macam-macam)
- bali
- paris (ni kalau duit dah terlebih-lebih la)
- london (pun kalau duit dah terlebih-lebih)
- venice (juga kalau duit dah terlebih-lebih)

7 barang istimewa yg akan dihadiahkan kpd pasangan
- 7 dulang hati nyamuk
- 7 tempayan mata kucing
- jambatan emas dari sabah ke perak
- 7 dulang jantung pisang
- 7 baldi darah ayam
- 7 dulang kaki ayam
- 7 pasang selipar jepun

7 tajuk lagu yg akan anda nyanyikan utk psgan
alamak...aku ni bukannya taik muzik, dengar-dengar je tapi tajuk dan nama artis pun xtau...untuk menjawab soalan ni aku nak refer muzik list aku yang dah lama tak dengar tu...
-wanita
- wanita yang kau pilih
- cinta seorang teman
- My Heart
- Goyang Inul
- Sedang Ingin Bercinta

7 org yg hendak di tag
seorang aje la dan the only : Yan
nak tengok kali ni berjaya tak nak mengetag yan nie...hehehe




Tag 2 : Purse

Tag ini dihantar oleh Yan dan Tera, soalannya takde la complicated sangat cam soalan-soalan lain yang panjang lebar sampai 2 km.Teethy

1)Snap the picture both inner and outer of your wallet
2)Introduce the wallet brand,price and where you buy
3)take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)
4) Snap the picture of the wallet and yourself
5)Tag another 5 person

Ni la purse aku...Pandangan luaran

Pandangan dalaman

Ok...Jenama purse ni Bonia, aku dah pakai purse agak lama dah, sedar tak sedar dah tiga tahun. Dulu-dulu aku selalu beli purse yang rega die RM30 ke bawah, SmileyCentral.com tapi selalu rosak la, cepat jer koyak...asenye paling-paling pun sebulan jer tahan pakai, pastu k.o. Purse ni aku beli adalah seratus lebih, tak ingat berapa exact rega dia laa...apapun, aku memang berpuas hati dengan purse aku nih...

Pastu aku beli lagi purse, untuk saja-saja la boleh tukar-tukar ngan purse nih, aku beli purse jenama Guess, tapi oleh kerana aku dah sedap sangat menggunakan Bonia lama aku nih, daripada terperuk kat dalam lemari tuh, berhabuk, jadik aku pass je la purse baru aku tu kat adik aku...Terlompat-lompat dia kesukaan apabila menerima purse itu...

Ni sume barang-barang dalam purse aku. Untuk pengetahuan, aku memang tak de dan tak menggunakan kredit kad...hukhuk...pas tu ada ic, lesen, bank cards, kad klinik, pas tu yang tak disangka jumpa pula alamat cousin aku, alamat opis husband aku, gambar ukuran pasport aku ngan abg aku, bonuslink card yang tak pernah lagi diguna, kad mpp laki aku taim die belajar dulu, JUSCO card yang dah expired (hahah) dan juga ibu duit sehinggit...


nanti-nanti jer la tag nih, coz ramai orang tengah sonok-sonok bercuti...hahSmileyCentral.com

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com