Music

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Salah media ke salah diri sendiri?

Terkesan sungguh rasa hati ini bila mendengar khabar dari Sabah berikutan berlaku lagi kisah kejadian rogol yang membabitkan pelajar UMS.

Seminggu lepas pelajar-pelajar balik dari bercuti selepas tamatnya hari konvokesyen. Malang telah berlaku pada salah seorang pelajar institusi tersebut di mana Mangsa di dalam perjalanan pulang ke IPT tersebut daripada kampung halamannya, iaitu di Kota Marudu. Pada waktu sepatutnya mangsa sudah sampai di hostel, tapi mangsa masih lagi senyap dan tidak memberitahu di mana beliau sudah berada. Selama seminggu kehilangannya, barulah mayatnya yang telah reput ditemui. Perogol tersebut tidak berjaya lagi ditemui (Saya namakan ini kes 1 untuk memudahkan ulasan).

Sebelum ini kisah seorang lagi pelajar IPT juga telah diculik semasa dalam perjalanan pulang dari gereja, bersama kawan-kawan. Beliau telah dilarikan oleh 2 orang penculik tersebut tanpa sempat diselamatkan oleh kawan-kawannya. Mangsa tiba-tiba ditarik oleh suspek ke dalam kereta sebelum dilarikan ke Tambunan. Ini kerana beliau berjalan di tepi jalan tetapi terbelakang sedikit daripada kawan-kawannya kerana asyik bersms. Gadis malang ini telah dirogol dengan kejam dan ditinggalkan di tepi jalan, dan nasib baik kurang sehari gadis ini telah ditemui. Dia trauma sehingga ke hari ini. Penculik dan perogol tersebut,masing-masing 28 dan 29 tahun dihukum dengan hukuman berat (Kes 2).

Apakah pengajaran daripada kisah-kisah yang saya utarakan di sini? Di sini saya ingin mengulas mengenai berleluasanya kejadian kes rogol di Sabah. Itu baru kes-kes yang diketahui? Bagaimana dengan kewujudan kes yang sengaja ditutup oleh sesetengah pihak?

Bagi kes 2, kita telah berjaya menangkap 2 suspek terbabit. Huh, kita selalu menyelar yang kejadian seperti ini selalunya dibuat oleh PATI. Rupa-rupanya ia dibuat oleh bangsa kita sendiri. Melalui post mostem yang dilakukan, ia betul-betul diluar jangkaan kerana cara ia dilakukan begitu pelik. Seolah-olah dibuat oleh seorang yang psiko terhadap seks. Dan alasan yang diberikan adalah 'ingin mengaplikasikan tontonan 18SG mereka terhadap orang lain'. Sungguh BODOH. Mereka mengakui gagal mengawal hawa nafsu kerana pengaruh minuman keras dan dadah di mana ia menyebabkan mereka berada dalam keadaan khayal dan tidak siuman sehingga mereka sampai hati melakukan perkara tersebut.

Pada pendapat saya, orang-orang seperti ini selalu menonton cerita lucah atau cerita ganas yang mudah didapati melalui internet atau VCD yang dijual, ditambah pula dengan kesan minuman keras dan dadah, daya imaginasi mereka menjadi semakin tinggi dan keupayaan mereka untuk membuat sesuatu di luar kawalan menjadi bertambah kuat, sehingga mereka tidak mampu lagi menimbang mana yang betul dan salah.

Diharap anak-anak kecil sentiasa berada di bawah perhatian orang tua dan janganlah dibiarkan mereka berjalan bersendirian, dan gadis-gadis juga diharap dapat menjaga diri mereka sendiri dan mengelakkan benda-benda seperti ini berlaku dengan memastikan;
1. Pastikan adanya perempuan lain atau bukan anda seorang yang menaiki bas tersebut
2. Jangan berjalan bersendirian
3. Pastikan jangan berjalan di kawasan yang sunyi
4. Bawa perfume spray/chilli spray sepanjang masa, jika berlaku apa-apa, spray sahaja matanya
5. Pastikan telefon bimbit anda ada kredit jika ada kecemasan

Apapun, tip yang paling selamat adalah mengelak sebelum kena. Sama-samalah kita nasihat menasihati antara satu dengan lain.

Tuesday, June 17, 2008

Airasia vs MAS

Bulan lepas MAS telah melancarkan perang besar-besaran untuk mengurangkan harga sehingga RM0, memang persaingan yang hebat dengan AirAsia. Saya adalah pengguna setia penerbangan AirAsia berasa sangat seronok dengan persaingan tersebut. Untuk pengetahuan anda, saya pernah menuntut di UiTM Shah Alam dan saya terpaksa berulang alik dari Sabah ke Semenanjung. Ya, saya anak jati Sabah bah...hehhe... jadi nak dipendekkan cerita, saya dan adik selalunya terbang menaiki kapal terbang MAS, memang sakit la waktu tu, apa tidaknya, setiap semester kitorang akan balik dan tambang untuk pulang balik adalah RM 800++(tak ingat plus tu berapa), tu baru seorang. So kalau dua orang dah RM1600. Nasib baiklah ada AirAsia yang muncul tepat pada waktunya. Jadi belanja bolehlah dikurangkan sehingga RM200 seorang, pulang balik. Waktu tu tax murah lagi, iaitu RM19.90. Bersyukurlah sangat-sangat. Rasanya waktu itu tahun 2000.

Jadi pendek cerita, dengan adanya persaingan ini pengguna yang akan beruntung dan saya menyokong AirAsia, secara peribadinya. Ehh...ni bukan promotion...Ni dari hati ke hati ni...Ok la tunggu lagi post saya yang seterusnya ok

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com