Music

Tuesday, June 17, 2008

Airasia vs MAS

Bulan lepas MAS telah melancarkan perang besar-besaran untuk mengurangkan harga sehingga RM0, memang persaingan yang hebat dengan AirAsia. Saya adalah pengguna setia penerbangan AirAsia berasa sangat seronok dengan persaingan tersebut. Untuk pengetahuan anda, saya pernah menuntut di UiTM Shah Alam dan saya terpaksa berulang alik dari Sabah ke Semenanjung. Ya, saya anak jati Sabah bah...hehhe... jadi nak dipendekkan cerita, saya dan adik selalunya terbang menaiki kapal terbang MAS, memang sakit la waktu tu, apa tidaknya, setiap semester kitorang akan balik dan tambang untuk pulang balik adalah RM 800++(tak ingat plus tu berapa), tu baru seorang. So kalau dua orang dah RM1600. Nasib baiklah ada AirAsia yang muncul tepat pada waktunya. Jadi belanja bolehlah dikurangkan sehingga RM200 seorang, pulang balik. Waktu tu tax murah lagi, iaitu RM19.90. Bersyukurlah sangat-sangat. Rasanya waktu itu tahun 2000.

Jadi pendek cerita, dengan adanya persaingan ini pengguna yang akan beruntung dan saya menyokong AirAsia, secara peribadinya. Ehh...ni bukan promotion...Ni dari hati ke hati ni...Ok la tunggu lagi post saya yang seterusnya ok

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com