Music

Tuesday, June 24, 2008

Stesen minyak mahu tutup operasi

Dalam perjalanan balik dari office ke rumah, memang cukup tension. Perjalanan dari office ke rumah selalunya mengambil masa 20 minit menjadi sejam. Di mana-mana stesen minyak semuanya sesak. Kami melalui Lintas Square, begitu ramai orang yang berpusu-pusu untuk membeli minyak. Kemudian di Putatan pun begitu juga. Ramai juga orang membawa tong, untuk mengisi minyak le...

Sambil mendengar radio SabahFM, beberapa kali diwar-warkan oleh DJ bahawa SMS yang dihantar adalah tipu semata-mata.Tapi nampaknya tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya pun malah semakin banyak lagi kereta dan motosikal beratur, "dengan penuh kesabaran". Aduh, apa dah jadi dengan negeri Sabah ni. Tidak pernah-pernah jammed seteruk macam tadi, inilah pertama kali kejadian seperti ini terjadi.Nampaknya orang dah kurang mempercayai kerajaan. Mereka lebih mempercayai pengedaran SMS dan khabar angin. Apa tidaknya sejak kebelakangan ini sudah berapa kali kerajaan "cakap tak betul". Kata minyak naik bulan Ogos, tiba-tiba naik 5 Jun pula. Kata orang luar tak boleh beli minyak di Malaysia, tup-tup dibolehkan pula...KEPUTUSAN YANG DRASTIK. Macam pening sket diorang ni...Apapun, kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.

1 comment:

_Vu-JiE_ said...

hye..
u r sabahan ek?
betul2.. slama ne stesen minyak d sabah x pernahnya jammed smpai mcm tu..
penat kaki dow driving tym jammed..
huhu..

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com