Tak sangka cepat betul masa berlalu...esok dah nak fly. Semalam, tengah duk sibuk membuat kerja mengedit kerja-kerja nih

, tetiba kat meja aku diletakkan benda nih...

Ms Leung tepuk belakang aku, terkejut gak aku bila dia menghulurkan present iaitu sebuah buku resipi 'Eat for Heath by Gina Steer', aku snap kat umah baru tepek kat sini...Die kata 'boleh try memana recipe yang best, semuanya yang baik untuk kesihatan, jadi bolehlah masakkan untuk husband'. Boleh tu die terfikir camtuh...baiknya dia


Terharu juga aku, pastu ada lagi kalungan cina cam kat bawah ni, Ms Leung kata maksudnya 'Kaya Raya'.


Nampaknya bos dah mula bersedih kerana satu-satunya staff Melayu 'kesayangannya'

akan meninggalkannya tidak lama lagi. Apa boleh buat bos, aku pun ada life gak nak kena teruskan. Ni dah kali ke 4 dah aku menangguhkan pemergianku, untuk siapkan kerja-kerja ni...ye la, susah gak nak carik orang baru dan buat kerja yang aku buat...actually aku memang nak abiskan juga kerja-kerja ni sebelum berambus, tapi apakan daya, project duk delayed jer...memula expected project ni abis bulan July tahun lepas, then extend bulan October, extend lagi bulan Disember, ni taktau nak extend ke bulan apa lagi, maleh aku nak amik tau, yang penting sekarang, aku nak memblahkan diri. Tu la kan, dah sampai seru nak berenti. Masa nak minta keje dulu bukan main la tak sabar nak mula kerja, tapi sekarang ni tak sabar pula nak berenti...
Nama je dah nak pindah satu barang pun belum lagi aku masukkan ke dalam beg. Gini la suka buat last minute...Takut ada pape yang penting la aje ketinggalan nanti, kan ke payah terpaksa soh adik aku ni mengepos pula, mahal lak tu adik aku charge harga pengeposan tuh, lagi mahal dari harga pos laju. Dia kata,
'penat tu... adik yan kena bangun pagi-pagi gi pos surat kakak' 
bijak betul kan, pandai carik duit. Hehe...malam ni aku kena habiskan proses pengemasan barang, rasanya tak banyak mana pun barang yang nak dibawa tu...