Salam semua...hari ni mode:rajin sikit. Huhuhu...lebih rajin daripada semalam sebab banyak kerja dapat diselesaikan hari ni. Actually, semalam buat kerja di rumah sahaja, best juga kalau lapar gi je dapur masak. Sebenarnya alasan saja tu; sebenarnya mau tengok Mis Tres Hermanas tu, dah nak abis dah cerita dia...Suka sangat cerita tu sebab ia lebih ke arah kekeluargaan. Hahah...lepas tu, nengok Alisa pulak, pas Alisa, ada lagi cerita Philipine tu pun best...Hahaha...tapi boleh tu baca literature review sambil tengok cerita... Hisy...bahaya bahaya...
Hari ni agak-agak rajin jumpa supervisor tunjuk progress study. Aku dah jani dengan dia akan berjumpa setiap 2 minggu sekali at least, boleh bincang apa-apa benda yang aku tak paham, juga aku boleh juga suggest benda yang perlu untuk selesaikan perkara berbangkit. Dia ok, tapi asik nak puji saja yang research progress aku pantas...Dah la haritu register lambat sebulan, rugi la aku sebulan...
Buat research ni kena kuat, kadang-kadang kita boleh ada mood /idea nak menulis. Kalau time blank tu, minta mahap, perah otak macammana pun takkan keluar idea tu. Kadang-kadang kita kena juga brain storm dengan kawan-kawan kan...erm kan best kalau ada research group. Nasib baik ada kawan yang buat research yang lebih kurang sama, so rasa bengap sangat jumpa je dengan dia. Yang tak tahan tu kalau dia dah buat macam2 kita pula jadi psycho...huhuhu
Apa-apa pun, hari ni aku rasa berjaya juga menempuhi satu hari ni, aku dah mula menulis. Sebelum ni aku baca semua artikel dan masukkan main point ke dalam jadual. Tapi nampaknya tak organised lagi filing aku, yang sudah semestinya perlu dibereskan...aku juga belajar dari kesilapan masa lampau, kini aku telah menulis diari harian especially for thesis.
Tak tau la kenapa, tadi tengahari dah makan, ajak kawan sekali temankan. Tadi pukul 3 ptg perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Aku pujuk-pujuk perut juga, tak payah la makan, last-last terpaksalah aku mengikut kata perut aku makan wafer kat luar tu...pas makan dah kenyang, tapi ni baru sejam berlalu, aku lapar lagi...Aduh...kacau sungguh huhuhu....
Ok la, aku nak sabarkan perut ni, jangan mo melantak saja...buat kerja sana lagi bagus...
CURANG TANPA NIAT?
3 hours ago
No comments:
Post a Comment