Thursday, October 14, 2010

Suka lupa, tanda nak tua ke???

Dalam hati berkata sendiri 'Esok nak hantar surat perjanjian untuk buat duty stamp; 4 surat perjanjian-checked, borang-borang berkaitan-checked, pen dakwat basah-checked,pen hitam biasa-checked...ok cukup...semua dah masuk beg...tido'

Esoknya, awal-awal pagi lagi aku pergi ke LHDN di Jalan Kampung Attap, pukul 8 pagi. Awal-awal lagi memang syok sebab tak ramai orang pun.

Turun je dari LHDN tu tangan sibuk meramas-ramas beg, carik pen dakwat basah untuk isikan tarikh buat duty stamp tu. Partition dalam beg tu banyak, hisy, benda macam ni la buat aku malas nak beli beg banyak partition, better satu je pun dah cukup. Kengkadang mencari purse atau handphone pun amik masa yang lama...huhuhu...ok, berbalik kepada cerita tadi, pen dakwat basah aku baru beli tu takde pun dalam beg...dah hilang!!!

Singgah la aku di stationary shop beli lagi pen tu buat sekian kalinya. Pas isi tarikh kat borang tu, aku belek-belek borang-borang tu pula. Nak make sure yang semuanya ada sebab aku rancang nak terus submit je terus borang tu. Boleh dapat duit cepat...huhuhu...Sekali, baru perasan ada satu borang takde, sebenarnya borang tu ada 2 copy, di tangan aku tu cuma ada satu copy je... tertinggal kat rumah pulak...tension juga sebab semalam dah ensure benda tu dah masuk dalam beg. Dalam kepanikan tu, macam-macam la terpikir apa perlu dibuat.

1. Balik dulu, amik borang tu, atau
2. Borang tu aku fotostat balik, liquid yang aku dah isi pas tu fotostat balik, baru isi borang tu
balik..

Masa tu la aku terpikir, kadang-kadang benda macam ni simple je, aku dah recheck balik untuk make sure memang kesemua borang dah ada, tapi still ada lagi yang tertinggal. Aku dah cek balik juga pasal pen tu, pun dah hilang sampai terpaksa beli balik pen tu...terpikir lagi macam-macam la dugaan nak dapat duit ni...huhuhu

Last-last, aku amik keputusan seperti yang nombor 2 tu, aduh...sebelum nak hantar aku pergi pula ke kedai fotostat...aku buat benda yang tak sepatutnya aku buat...nak buat cemana? Tapi takde la aku liquid, aku cuma tekap balik je tulisan aku tu balik. Bila dah hantar borang tu, baru rasa lega yang teramat sangat...

Balik rumah, pen tu memang dah hilang, tapi borang tu ada atas lantai...sabo je la...macammana la boleh tertinggal pula, padahal semalam dah cek....

Nampak sangatla yang aku ni pelupa tahap cipan...Lain kali kena recheck la dua tiga kali pas ni...

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com