1. telah mendapat black belt dalam seni mempertahankan diri Tae-Kwan-Do
2. mendapat lesen memandu biasa
3. mendapat lesen dan juga memandu pesawat persendirian menggunakan kakinya sendiri
4. Jessica dikatakan mencatat nota kuliah dan mampu menaip 25 ayat seminit di papan kekunci komputer
5. dia juga adalah seorang motivator
6. pandai berenang, gimnastik
7. setiap hari dia akan memakai kanta pelekap, pakai mekap, cuci dan sikat rambut dan menyediakan sarapan, semuanya dilakukannya sendiri












Bila membaca mengenai Jessica Cox, aku tiba-tiba tersedar hanya dengan usaha sehabis baik kita mampu lakukan walau itu mustahil di mata orang lain. Betapa susah payah dia untuk menunjukkan yang dia juga boleh berdiri sendiri, tapi kita sendiri macam mana? Tak payah tengok jauh-jauhlah, ambik je aku sebagai contoh...dah berusaha tapi masih lagi tidak dapat dicapai apa yang diimpikan, rasa down betul. Rasa down tu lah yang membibitkan rasa tidak puas hati dengan tahap diri sendiri. Padahal dah berusaha dah macam-macam untuk mencapai kejayaan. Tapi mungkin usaha yang dilakukan ini belum cukup lagi...Aku perlu berusaha sehabis baik untuk mengecap cita-cita itu...
Motivasi diri memang penting dalam usaha kita menggapai kejayaan. Sememangnya, motivasi bukan sekadar untuk meningkatkan semangat untuk terus berjaya, tetapi juga supaya kita terus memandang ke hadapan dan kita tidak akan ketinggalan di belakang orang lain. Bersyukurlah kepada mereka yang dianugerahkan Allah perjalanan hidup yang mudah. Aku?Aku perlu melalui dahulu pelbagai rintangan dan kesusahan sebelum berjaya.
Aku akui, apabila melihat kejayaan orang lain, terasa iri di hati, masa ni la syaitan akan sentiasa menjengah dan membisikkan suatu yang tidak enak di telingaku ini, Astaghafirullah...walau bagaimanapun akan aku gunakan rasa iri untuk meningkatkan semangat kita...Semoga di suatu hari nanti cita-cita itu akan tergapai juga.