Thanks sebab walaupun blog ni sudah tidak mengaktifkan diri tapi ada juga yang datang ye? Dah lama sangat dah rasanya blog ni silence...kenapa? ntah la, kadangkadang kerana tak de apa yang terasa ingin diperkatakan, sebab tu la silent je. Tak tau la kengkawan yang lain cemana, dah lama tak berjalan-jalan ke blog kengkawan semua.
Sekarang aku tidak lagi berada di tempat kerja lama aku, dah berhenti kerja dah kat sana. Kenapa? biasala company mana perfect kan? tapi at least kita nak la something yang membuatkan kita eager nak ke tempat kerja mesti ada korang cakap 'teruk kan?bersyukur la yani ngko dapat keje' ayau ' eleh keje tak sampai 6bulan dah merungut-rungut'. Tu nasib baik ada gak keje kalau tak de keje, tanam anggur je la aku...
Berbalik kepada cerita tadi, aku sekarang dah berpindah tempat kerja. Sekarang kerja di salah satu ipt di kl nih...uit..tak bleh la cakap kat mana. Actually, aku pun tak rasa aku boleh dapat kat tempat ni, tapi nak dikatakan rezeki...bersyukur sangat-sangat kepada Allah.
Pukul 2 ni aku ada kelas lagi, minggu kedua. Aku ni sebenarnya jenis nervous. Nak ngajar tapi dalam hati tu Allah je la yang tau. Bukannya apa, kadang-kadang time kita tengah bercakap tu, tetiba ada la budak baru masuk, rasa terganggu tak? Memang terganggu sangat-sangat. Sampai terlupa apa yang nak disampaikan. So, di hari kedua ni, aku saja je prepare notes apa yang nak disampaikan nanti. Kelakar tak, kawan-kawan...
Ye la, sebelum ni aku bukannya ada experience sangat mengajar, penahla dulu ngajar jadi tutor masa belajar dulu tapi tu pun dah lama, dah 4 tahun lepas. So, ni kena la polish balik...tu pun tau la, bukan wat lecture, masa tu pun wat tutor je...lebih kepada hands-on.
Ok la...nak makan la...dah lapar la plak...insyaAllah nanti aku akan menjelma kembali...aku harap2 juga supaya aku rajin memblogkan diri...hehehe...
CURANG TANPA NIAT?
3 hours ago