Bangun pagi dah rasa malas dah, tapi kena jugak gagahkan diri bangun pagi...gosok gigi, cuci muka, pakai baju...hehe merepek la pulak...tapi takpe, kelas ni sekejap je adalah 3 jam untuk budak planning, lega...pasni dah takde kelas dah...
Hari Jumaat tu lepas kelas kemi bertolak balik kampung. Dah lama rasanya tak berjalan-jalan tengok pemandangan indah sepanjang perjalanan balik tu...rutin harian kami cuma gi kerja, balik kerja, makan, tidur...kadang-kadang bosan juga rasanya tapi itulah kehidupan. Macammana nak hidup kalau tak de duit kan...Adeh, merepek lagi aku...Dari Gombak menuju ke Rawang terus ke Ipoh, sampai ke Ipoh singgah ke rumah kakak husband.
Nak dijadikan cerita, di rumah kakak tu, ada 2 orang perempuan muda, umur dalam 18 tahun rasanya, datang ke rumah menaiki motor. Dia ketuk pintu...
'tok tok tok...'
Kitorang pun menoleh ke luar rumah. Budak tu tinggi dan pemakaian tudung yang ala-ala tersenget-senget gitu, dengan muka blurrnya bertanya 'Boleh pinjam motor?'Kitorang dah mula rasa pelik dah.
Kitorang pun memanggil akak Sah yang kebetulan masa tu berada di dapur lagi. Dia keluar dan cuba menajamkan pandangannya. 'Tak boleh. Pakcik tak de.' katanya dan terus masuk ke bilik. Padahal pakcik (suaminya) ada juga kat bilik tu.
Lepas tu aku ngan hubby menyambung borak, sementara budak tu bukannya blah dari situ, dalam beberapa minit dia masih lagi tercegat di situ, dan kami pun endah tak endah pun kat budak tu...
Lima minit kemudian aku perasan dia membonceng motor kawannya, sempat lagi menoleh kat aku...
Tak lama kemudian akak Sah keluar. Dia kata 'Eh, akak tak kenal pun dengan budak tu'. Dia kata, memang kat situ selalu berlaku penipuan. Die bercerita juga, sebelum ni adalah perempuan ni, pakai smart2, pakai emas kiri kanan tangannya datang ke kampung tu, promote barang kat orang kampung kat situ. Sekali boleh pula orang yang die promote tu selamba je bagi barang kemas diorang kat perempuan tu...pendek kata, mungkin dah kena pukau la tu...
Berbalik kat budak perempuan tadi tu, kak Sah rasa yang budak tu nak tipu dia. Selamba dek je datang umah orang nak pinjam motor. Hah...manusia zaman sekarang ni...
Orang kekadang tengok orang kampung ni kan innocent, apa lagi diorang pun saja je ambil kesempatan...Kesian lak ngan orang kampung ni jadi mangsa keadaan.
OK la, cam banyak la pula aku membebel kat sini...InsyaAllah kalau rajin aku akan hupdate lagi k...