Music

Wednesday, September 10, 2008

Sherliana Gediun, gadis UMS yang dibunuh

Mayat Sherliana Gediun ditemui di Kg Lugading, Tuaran pada Khamis lepas di mana mangsa telah pun dibunuh di antara 3 ke 7 hari, dan dipercayai dirogol dan kemudiannya dibunuh.

Kedua tangannya diikat dengan bajunya sendiri dan dijumpai badannya menghadap ke bawah di tepi jalan. Menurut polis juga mangsa tersebut patah gigi depan, tulang rusuk dan kaki.

Menurut ahli keluarga mangsa, pada 22 Ogos, mereka telah menghantarnya ke stesen bas Tandek untuk balik ke UMS. Tiga hari kemudiannya, mereka terkejut apabila diberitakan oleh kawan sekelasnya bahawa mangsa tidak hadir di kelas. Penemuan mayat oleh pihak polis mengesahkan bahawa mangsa telah dibunuh dan pada 30 Ogos, ahli keluarganya menuntut mayat tersebut untuk dikebumikan.

3 suspek telah ditangkap dan dipercayai terlibat dalam kes ini. Diberitakan bahawa mereka adalah sekampung dan juga dikenali oleh mangsa. Ketiga-tiga penyangak tersebut berumur 20an, di mana salah seorang pemandu kereta sapu. Salah seorang pemuda yang dikenalinya pernah sekelas dengannya semasa berskolah di SMK Kota Marudu. Perumpamaannya, kawan makan kawan. Sudah tentu mangsa tidak menyangka sesuatu yang buruk boleh dilakukan oleh kawan.

Saya faham, mangsa tentu tidak menyangka mereka (salah seorang bekas kawan sekelas) yang juga kawan sekampung sanggup melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Sepatutnya kejadian rogol yang baru sahaja berlaku sebelum ini, yang juga adalah pelajar UMS perlu didalami seadilnya, terutama dari aspek penguatkuasaan undang-undang. Seperti juga kes Sharlinie, masih lagi belum diketahui nasibnya.

Teksi dan bas sapu memang bersepah di Sabah. Pemantauan perlu dilakukan terhadap kewujudan teksi dan bas sapu yang semakin bertambah-tambah. Keselamatan rakyat perlu diutamakan dan perogol, pembunuh, penculik, pencuri perlu dibanteras, bukan hanya untuk jaga kepentingan politik semata-mata.

2 comments:

Anonymous said...

she's my friend...my bezfriend..n my coursemate...

yani_worldpeace said...

I'm sorry to hear that. Hope her soul rest in peace

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com