Rasa tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, kepada semua pembaca tidak kira di mana anda berada. Ceh macam dj radio laks. Agak lama gak blog ni tidak update, sebelum raya-busy dengan preparation nak raya, mengurus barang hantaran adik lagi. Adik bertunang pada raya ke 4 ari tuh...Sebab tu sibuk gak, mengurus benda 2 dalam 1. Dah selesai rasa lega sikit. Dalam post akan datang akan ku upload gambar-gambar dengan hantaran ok...
Sebelum menziarahi dari rumah ke rumah selalunya kami akan berkumpul di rumah nenek dulu. Kemudian akan beraya di rumah-rumah saudara-mara yang sememangnya berjumpa setahun sekali je (masa Raya le tu). Kalau bukan kerana raya, memang tak ada masa nak berjumpa. Kadang-kadang aku terfikir macammana la generasi akan datang nanti, mesti tak kenal saudara sendiri. Aku pun sebenarnya bukannya kenal dengan sepupu/dua pupu ni, cam muka je tapi nama langsung tak tau...
Selalunya kitorang akan beraya sampai ke malam. Tahun ni baru beraya 4 buah rumah dah k.o. Sebelum ini raya pertama tu sampai 20 buah rumah kitorang serbu...bukannya makan kat setiap rumah pun, asalkan nampak muka dan bersalaman, minum air je dah cukup. Ziarah-menziarahi tu penting kan..bukannya makan..ceh...aku ni cakap je lebih padahal aku sendiri kuat makan...dah bertambah dah berat badan nih... Pose pun tak turun berat lemak tepu ke ape?
So lepas je raya aku amik keputusan untuk berpuasa...bukan apa, sambil-sambil puasa 6 merangkap bayar puasa dan puasa sunat...dan juga sambil-sambil turunkan berat nih...huhu...
Arini boring sket..tak berapa ada keje...huhu...so apa lagi surf tenet la nampaknya kejeku ini...tiba masanya untukku me'redeem' point untuk Wellness360...dapatlah $40...walaupun jarang-jarang buka site ini...kalau rajin buka dan surf boleh dapat lagi banyak. Kalau berminat nak join klik sini dan register dulu k...hihi..xsabar-sabar nak dapat cek... Nanti akanku update bila dapat cek..Untuk penerangan lanjut you all boleh baca di sini
ok la nak gi solat dulu...chaw chin chaw
LEMPENG PEKAK CECAH KUAH ASAM PEDAS
1 day ago
No comments:
Post a Comment