Music

Friday, October 10, 2008

Mat Afrika? Apa pendapat anda?

Baru lepas baca Harian Metro Mat Afrika cabul nenek dan kejadian ini berlaku pada Ahad lalu. Apa yang aku nampak di sini adalah jumlah warga Afrika yang semakin ramai di Kuala Lumpur mengundang pelbagai masalah sosial. Melalui pembacaanku ni, Fatimah Ahmad, 50, dipeluk dari belakang sebelum diraba ‘Awang Afrika’ terbabit yang bertubuh dua kali ganda lebih besar daripadanya. Mak ai, sampai nenek pun nak diraba juga.

Selain itu, aku ada juga terbaca ramai warga Afrika yang mendiami serta menyewa sekitar kawasan kondominium Taman Melati, Wangsa Maju, menimbulkan rasa tidak senang penduduk tempatan di mana mereka sering sering bergaduh dengan penduduk tempatan selain tidak menghormati budaya masyarakat setempat. Daripada cerita yang kudengar daripada penduduk kawasan berhampiran, warga Afrika ni sanggup membayar sewa rumah dengan harga RM2000 kepada penyewa rumah tersebut sebab itulah penyewa rumah suka untuk menyewakan rumah kepada warga Afrika ini.

Aku selalunya ke KL atas urusan peribadi, saja la bersiar-siar dan shopping sikit sementara sale nih. Aku dapat lihat ramai gadis-gadis Melayu keluar dengan mat Afrika nih...Pada malamnya (dah dekat pukul 1pagi) pula, aku dapat saksikan budak Melayu dengan baju yang seksi (sekadar menutup mana yang dirasakan perlu sahaja) bersama dua mamat Afrika, aku agak nak pegi clubbing kut... Agaknya mereka ni pandai berkata-kata dan mengeluarkan ayat power dan membuatkan banyak hati terpaut kepada mereka. Menurut Harian Metro, sikap pemurah ‘jantan’ Afrika dan Indonesia kini menjadi penyebab utama golongan itu kerap ditangkap khalwat dengan gadis tempatan terutama pada hujung minggu. Ini berikutan peningkatan indeks kes khalwat gadis tempatan dengan lelaki warga asing terbabit sejak akhir-akhir ini.

Aku tak dapat nak agak kenapa gadis-gadis tempatan boleh sukakan mereka ni. Apakah kerana mereka mempunyai badan yang sasa, atau mungkin juga kerana lelaki tempatan pun dah kurang jadi tibai aje la...Ada pendapat?

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com