Wednesday, October 15, 2008

Buang bayi?

Perasan tak banyaknya kes buang bayi sejak akhir-akhir ini? Apalah dosa anak-anak yang tidak tahu apa-apa dibunuh atas dosa ibu bapanya...

Kesalahan bunuh boleh membawa ke tali gantung, samalah juga jika membuang bayi pesalah seharusnya dihukum dengan membawanya ke tali gantung, tanpa kompromi. Menurut pembacaan saya disini, si ibu kejam tersebut sanggup merendam bayi tersebut di dalam baldi sebelum dibuang di Masjid Tengku Tengah Zaharah. Bukannya dia minta dilahirkan di dunia ini tapi kenapa budak yang tidak berdosa itu terpaksa menghadapi kematian akibat perbuatan ibu dan bapanya?

Berita TV3 semalam lagi menyentuh hati ini apabila mayat bayi perempuan dibuang di dalam plastik hitam dan diseret dan direbut oleh kambing-kambing di kawasan tersebut. Begitu menyedihkan kerana ia menunjukkan rasa perkemanusiaan sudah tidak wujud lagi dalam hati si ibu tersebut. Ataukah rasa ingin menutup keaiban diri sendiri lagi besar daripada perikemanusiaan dalam diri?

Dalam hal ini kemaksiatan perlu dibanteras untuk mengelakkan hal seperti ini berlaku. Di sinilah bermulanya episod keperitan pendidikan anak-anak yang perlu diambil berat oleh ibu bapa. Bukannya mudah untuk menjaga anak-anak, lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Pengaruh yang terbesar sekali adalah internet.

Daripada internet, budak-budak pun sudah pandai melayari laman porno. Tak boleh menonton di rumah pergi ke cyber cafe dengan kawan-kawan. Tengok orang putih rakam gambar mereka sendiri. Terasa pula nak ambik gambar sendiri pula, boleh guna handphone. Handphone dah canggih siap boleh upload dan download gambar dari internet pula. Kemudian kewujudan mereka yang 'pandai' membuka laman web sendiri dan kemudahan untuk mendownload disediakan seperti baru-baru ini terbaca dalam Berita Harian di mana terdapatnya laman web yang berunsurkan lucah di mana pelakonnya adalah warga Melayu. Peliknya kerana rasa malu sudah tidak ada dalam diri mereka.

Berbalik kepada kes buang bayi, jati diri perlu diperkukuhkan oleh setiap wanita supaya berakhlak baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera. Hanya Islam sebagai penyelamat ummah.

2 comments:

fiezafadilla said...

hai...
macam sama plak tajuk blog kita eh. nway, thanks sudi singgah.

worldpeace said...

you too...thanks anyway

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com