Music

Thursday, October 30, 2008

Lama tidak menulis di blog ni ya...

Salam semua...

Minta maaf bebanyak kerana lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini...Sebenarnya, sudah lebih kurang 2 minggu aku meninggalkan komputer dan internet kerana aku telah berada di Semenanjung Malaysia, untuk menghadiri temuduga...Ni pun aku terpaksa ke cc di Seksyen 2 Shah Alam untuk menulis di sini...

Untuk mendapatkan jawatan tersebut, aku kena menghadiri 2 sesi temuduga pada tarikh yang berlainan. Jika lulus sesi temuduga pertama, jadi aku akan dipanggil untuk sesi temuduga seterusnya...Buat masa ini, aku telah dipanggil untuk sesi kedua pada minggu depan...

Kesian juga dengan bosku itu kerana aku terpaksa lagi menelefonnya untuk memberitahu bahawa aku perlu menyambung cuti lagi. Sebenarnya aku juga berasa bersalah kerana bercuti panjang, tapi aku perlu juga untuk memikirkan masa depanku, takkan selama-lamanya kerja di company yang tak menjamin kita di masa depan. Sebenarnya aku telah pun menghantar notis 2 bulan, tapi dia meminta aku menangguhkan pemergianku untuk bekerja di tempat lain. Sebenarnya boleh je kalau dia mencari candidate yang sesuai untuk menggantikan aku, tapi biasalah kan, company kecil ni, kena training lagi n etc.

Ok la kawan-kawan sekalian, aku nak menmbuat research sket untuk interview nanti...Doakan kejayaanku, ya...

1 comment:

azza_irah said...

salam..
tkaseh singgah d blog sy..
tkaseh juga krn linkkn sedetikhati..salam knl dr k'azza..

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com