Wednesday, November 12, 2008

Dah tonton filem James Bond: Quantum of Solace?

Minggu lepas baru tengok cerita Quantum Of Solace. Kepada mereka yang ingin ke pawagam, silalah menonton filem ini, itupun jika anda masih lagi belum menontonnya.

FILEM James Bond terbaru, Quantum of Solace, memecahkan jualan satu hari box office Britain dengan meraih AS$9.6 juta ($14.1 juta) pada hari pertama tayangannya.

Ceritanya begini: James Bond ke Amerika Selatan untuk menghentikan pengganas yang cuba mengawal sumber-sumber asli yang berharga. Pada masa yang sama, ejen tersebut berusaha mencari jawapan mengapa wanita yang beliau cintai dalam Casino Royale, Vesper Lynd, berpaling tadah terhadapnya.


Konsep lebih kurang sama, tembak menembak, menghancurkan cereta-kereta mewah, perlumbaan bot, kapal terbang, dll, scene yang cukup laju, sampai tak cukup mata aku untuk mengejar setiap scene filem tersebut. Seriau aku menonton adegan-adegan tersebut. Heroin-heroin sebelum ini memainkan peranan yang cukup besar, tetapi kali ini heroinnya muncul pada waktu-waktu tertentu je. MI6 telah direka semula seperti gajet baru.

Kali ini tidak ada kata-kata wajib oleh James Bond berdepan dengan lawan dalam setiap filem ialah cara memperkenalkan dirinya yang unik, berbunyi:

"My name is Bond, James Bond"

Padahal pada filem-filem lepas, kata-kata unik ini mampu membuatkan penonton teruja.

1 comment:

pink_butterfly said...

mnyesal x join tgk movie nih ari 2...tpksa pegi cinema lg ni...

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com