Sunday, November 30, 2008

Ahad yang membosankan...

Duduk rumah sorang-sorang ni memang agak membosankan juga. Pusing kiri pusing kanan sama je. Nak tido dah tak biasa tido siang jadi buka tv pula. Buka tv cari channel best tak de juga. Cite Hindustan pun tak berapa best nengok sebab tak de sub title, bukannya paham pon. Hmm last-last tukar lagi channel lain...

Lapar-lapar gi dapur carik makanan. Tak de idea nak makan apa...nak masak nasi tak de kawan nak makan jadi tak bersemangat la pula. Last-last aku wat roti capati. Bukan pakai tepung capati tau, tapi pakai tepung biasa je, campurkan marjerin sket dan air. Aku canai jadilah macam capati. tapi sori la aku tadek kamera jadi tak ble tunjuk kat korang camane rupa roti capati aku tu...pastu aku buat kari ayam...Aku ambil bawang dan halia dan kedua-duanya ditumbuk lumat. Ayam aku potong kecik-kecik...debush...campakkan aje ke dalam kuali...siap...boleh la untuk makan seorang...

Sambil-sambil tengok CSI tu aku makan capati cecah kari ayam..Hmm...sedap juga...perut pun kenyang dah..tapi dah habis CSI tu pun aku cari-cari lagi channel yang best. Tak de la pula cerita yang best hari ni.

Baru je terima phone call dari ayah di Mekah. Mereka sihat-sihat walafiat aje, syukur alhamdulillah. Ramai orang meninggal di Mekah, ibu cerita. Ada yang meninggal di tengah jalan dan juga dalam lif. Ibu cerita juga pasal buah zuriat yang ibu belikan untukku...Buah zuriat berasal dari pokok koka, yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s. Buah zuriat tu ibu beli di Madinah, kebetulan ada orang jual buah tersebut di hotel tempat ibu dan ayah menginap. Tak sabar-sabar juga nak berubat dengan buah itu. Apa-apa pun kita hanya berusaha kan, selebihkan Allah yang tentukan. Lepas tu aku pula cerita tentang kehidupan di rumah. Aku ceritakan juga tentang kehidupan di hari Ahad yang membosankan. Hah...

Ok la kawan-kawan...nak buat milo pula, kita minum dulu!!!

2 comments:

azza_irah said...

salam..
sy penah mertua bawa balik buah zuriat tu..rasanya manis2 buah macam kurma..

berusaha dan bertawakal lah..

yani_worldpeace said...

salam...betul tu...kita mampu berusaha je, moga berhasil. Amin

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com