Lagu ini membuatkan aku teringat kembali suatu masa yang membuatkan otakku cramp dan jam...Hari ini melalui Youtube, mendengarkan lagu ini membuatkan fikiranku menerawang ke sana...Jadi aku mengambil keputusan untuk menulis rasa ini ke dalam blog.
Tiba-tiba sahaja suatu imej terdetik di fikiranku. Suatu ketika dahulu aku melanjutkan pelajaran secara penyelidikan. Jadi kami telah disediakan bilik yang setiapnya telah dibuat partition. Aku teringat lagi setiap pagi pukul 7 lagi aku akan keluar dari rumah ke masters room (MR) dan aku akan duduk di sana menjalankan kajianku. Masa itu aku dapat rasakan bahawa aku ada dua dunia sahaja, rumah dan MRku sahaja. Tapi memang ada waktu-waktu otakku ter'stuck' untuk membuat kerja, aku akan membuka Youtube untuk menghilangkan rasa tension di kepala. Dan mendengarkan lagu ini membuatkan aku terasa seperti berada di atas kerusiku kembali...
Aku terbayang lagi betapa seronoknya waktu itu, terutama sekali apabila aku berjaya menyelesaikan suatu permasalahan. Terasa suatu kepuasan menyelinap masuk ke hatiku. Pelbagai suka duka dan pahit manis kutempuhi pada waktu itu. Pengalaman ini memang sangat-sangat berbeza dengan pengalamanku ketika mengambil 1st degree dulu. Ye la. Environment yang berbeza semasa mengambil 1st degree itu termasuklah belajar seperti biasa, tak tahu boleh tanya lecturer, dengan adanya kawan-kawan etc. Tapi belajar secara penyelidikan sangat berbeza, kerana kita akan bersendirian membuat kerja tersebut. Pressure sorang-sorang apabila berhadapan dengan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan. Jadi, cari supervisor yang betul-betul berada dalam bidang kajian yang kita buat.
Ini bukanlah bermakna yang pembelajaranku akan terhenti sampai sini sahaja. Aku cuma memerlukan masa yang lebih untuk tempoh bertenang untuk melanjutkan pengajian...Rasa penat masih lagi terasa.
LEMPENG PEKAK CECAH KUAH ASAM PEDAS
1 day ago
No comments:
Post a Comment