Music

Tuesday, December 2, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah...

Awal pagi lagi aku dah keluar ke pejabat dengan suatu harapan baru. Cewah...tak lah...aku keluar seperti biasa, tetapi sedikit awal kerana aku merancang untuk ke pejabat pos dahulu. Sampai di traffic light di hadapan Wisma Muis, lampu merah, jadi berhenti sekejap di sana. Mataku tertarik apabila melihat pakaian dijemur di dalam kawasan yang tertulis 'Protected Area'. Baju kanak-kanak, baju orang dewasa turut dijemur di situ. Aku keliru sekejap, sepanjang perjalananku hari-hari, tidak pernah aku terperasan akan kawasan tersebut. Di dalamnya ada sebuah bangunan dan dilitupi dengan tembok batu dan pagar depannya dikunci. Dalam beberapa ketika aku di situ, aku ternampak seorang perempuan keluar daripada bangunan kecil tersebut dan menjemur tilam nipis. Persoalannya, bagaimana kawasan tersebut boleh didiami oleh orang. Mengikut agakanku, melalui perawakan perempuan tersebut, kawasan tersebut telah menjadi kawasan penempatan PATI.

Cuba bayangkan, bagaimana mereka boleh memasuki kawasan tersebut padahal ia telah ditulis sebagai 'Protected Area'. Dan entah berapa kurun sudah agaknya mereka menempati kawasan tersebut, di mana ia berada di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu...Bagaimana pihak berkuasa terlepas pandang akan perkara ini???Aku keliru...

Dari pejabat pos, aku pun ke pejabat di Lido. Dalam lebih kurang pukul 10.30pagi, skali blackout pula. Cinabeng...aku tengah tekun membuat kerja yang diamanahkan oleh bos, tiba-tiba tak dapat di settle kan pun (Macam bagus la kunun). Aku pun keluar dan berborak...panasnya waktu itu...dahla cuaca di luar pun terik, dalam pejabat pun dua kali lima juga...kepalaku sudah berdenyut-denyut minta dipicit...Adedeh...dah berapa kali blackout daa...

Pukul 1.40 tengahari barulah elektrik ada, lama juga lebih kurang 3 jam blackout...aku teringat lagi semasa aku di Seksyen 18 Shah Alam dulu, pernahlah blackout dua jam, masa tu waktu tengahari/petang. Aku baru nak ke bank ada urusan apa aku dah lupa ler...tetiba sume offline...ni sume pasal takde elektrik la...semua orang kecoh la masa tu, marah-marah...tak puas hati elektrik tadek...aku no hal la...angkat kaki tus blah...

Esoknya, keluarlah berita tergempar pasal ketiadaan elektrik ni...semua orang kerugian, sampai nak main saman-saman lagi...bila aku bandingkan dengan penduduk di Sabah, cukup penyabar...elektrik takde boleh pasang lilin...oit...HELLO...Sabah pun ada kilang-kilang ape? Ingat tak de? Tapi tak penah pun dengar komplen pasal elektrik ni...pehh...

p/s boleh ke letak title macam di atas ni? macam takde kaitan je...huhu

1 comment:

julietchun said...

Protected Area tuk PATI la tu yer :D

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com