Music

Thursday, December 4, 2008

Pengajaran Peribadi - Tulah

Apa maksud tulah? hmm...tulah bermaksud suatu perbuatan yang disebabkan tidak diredhai atau membantah sesuatu...Kalau dulu-dulu tulah selalunya terjadi pada rakyat yang menderhaka kepada sultannya, tak taulah benda-benda ni betul ke tak...contohnya lagenda Sultan Mahmud yang mangkat dijulang...tapi tulah juga boleh terjadi kepada anak dan ibu bapa, contohnya si Tanggang yang menderhaka kepada orang tuanya dan bertukar menjadi batu...

Aku sememangnya percaya kepada tulah terhadap ibu bapa. Aku teringat masa kecil-kecil dulu aku ni bukanlah nakal sangat...aku budak baik (puji diri sendiri plak). Tapi memang kejadian ini betul-betul membawa impak yang besar ke atas diriku... Begini ceritanya...

Masa tu aku berumur 10 tahun kalau tak silap...ibu kena keluar sebab masa tu dia sambung belajar separuh masa. Di suatu petang yang redup, ibu pun menasihati aku supaya jaga adik-adik dan jangan buka pintu pagar rumah...Aku mengiakan je la...Kemudian, petang tersebut kami pun bermain basikal di kawasan rumah...Al-kisahnya dengan penuh terlupanya aku dengan amanat ibu, aku membuka pintu pagar tersebut untuk bermain basikal di kawasan luar rumah...

Budak-budak kan, punyalah suka dan riang gembira dapat bebas bermain tanpa segan silu aku mengayuh basikal berpusing-pusing di hadapan rumah...sekali...sepantas kilat aku tidak dapat mengkontrolkan diriku lalu termasuk di dalam longkang...gedebus....dahlah longkang tu berlumut....eihhh...bila kuingat kembali rasa geli juga...aku terus terjunam ke dalam longkang tuh...huhu...aku berusaha untuk keluar...habis badanku, sekali dengan baju yang dipakai hitam legam a.k.a. lumut hitam...baru teringat amanat ibu...dah terlambat...nasib baik takde injured kat memana...kemudian kelam kabut aku masuk kawasan rumah dan membersihkan badanku daripada kekotoran...huhu...aku ajak adik-adikku berkomplot sama...rahsiakan dari ibu..sampai sekarang ni pun masih lagi menjadi rahsia...

Aku rasa inilah pengajaran peribadiku terhadap maksud tulah...

3 comments:

pink_butterfly said...

aku confuse sama ada perlu mengatakan 'kesian' ataupun 'padan muka..' hehe...

jgn mara wahai kakakku...

jumpa d ruma nanti, sila masak dengan sedap. dan tolong jangan memanggilku walaupun sekadar untuk memotong sayur... sekian, terima kaseh...=p

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

tulah=tu la pasal...huhuhuhuhu

pink_butterfly said...

haha, encit dotblogspot...dah smpai pon anda ke cni ya... -waah, aku tlg reply bg pihak tuan punya blog-

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com