Music

Monday, December 8, 2008

Hari Melapah Lembu

Awal pagi lagi aku telah bangun dan memasak ayam goreng untuk dibawa ke kampung. Biasanya kami akan membuat juadah secara portluck, oleh kerana ada kemalasan sedikit untuk memasak, ayam goreng adalah masakan yang paling mudah dan disukai ramai. Lagipun, semalam tidur agak lewat. Agak-agak nape? Hmm...semalam aku menonton cerita Sundel Bolong, memang mengerikan jugalah, sampai aku tak boleh tidur dan duk termimpi-mimpi je...cite pasal Hantu Sundel Bolong tu wujud selepas isteri kepada pekerja yang dirogol oleh majikannya sendiri...takut woo...

Ok la. Berbalik kepada cerita sembelih lembu lak. Lebih kurang pukul 10 pagi proses penyembelihan pun bermula. Akhirnye, tumbanglah seekor lembu di kawasan rumah nenekku pada pagi itu. Kerja melapah lembu pun diteruskan. Memula aku takde la nak join melapah lembu tu tapi last-last aku dah berada di kawasan melapah tersebut. Tetiba je aku perasan daging berada dalam genggaman aku. Lagi, jantung, paru, limpa terus berada dalam genggamanku. Hoho...tetiba terasa macam mengganaz plaks...


Haa...ni aksi sebelum lembu disembelih tu. Siap posing lagik

E'eh...die dah berposing menghadap aku laks...

Untuk melapah kena tau cara-caranya...kena perhati punca-punca sendi.. kengkadang aku main hentam je potong...kalau aku confius masa mencari bahagian-bahagian kulit yang kengkadang susah untuk dilapah...kalau aku rasa susah nak potong, aku tinggalkan je dan suruh orang buat, pas tu buat part lain pulak...haha...buat keja tak abih...apa apapun, aku tolong dari mula sampai abis tau... sakit dah tangan-tangan aku ni...ye la...bukannya biasa memotong daging. Sekali sekala terasa kasar dan keras pula kat bahagian-bahagian jari aku yang terkena dengan bahagian atas pisau...

Kemudiannya ia ditimbang. Setiap 600 gram dimasukkan ke dalam beg plastik untuk diagih-agihkan untuk penduduk kampung. Tapi yang penting itu bukan keje aku...keje aku cuma melapah je...huhu...

Kepada anda sume, Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Zahir dan Batin.

3 comments:

julietchun said...

Ade gak aktiviti ko yek:D

ckLah @xiiinam said...

Pandainye kau melapah lembu...!!
CkLah masih terkenang, kali pertama dibiarkan menyiang ikan keli hidup di rumah mertua...hancuuuurr!!!! Sengsara ikan keli tu...

yani_worldpeace said...

Julietchun: ada aktiviti, bz tul hari tu..huhu

CkLah: haha...tak dapat dibayangkan, pulak tu lokasinya kat umah mertua lak tu...isk..isk..

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com