Sori la oleh kerana kebizian tahap cipan dek kehadiran ramai sanak saudara yang datang untuk menziarahi ibu dan ayah, jadi aku tidak sempat untuk meng'publish' entri ni lebih awal.
Satu hari yang seronok sebab ibu dan ayah selamat kembali dari Mekah...syukur alhamdulillah...Pelbagai jenis ujian yang mereka ceritakan semasa berada di tanah suci yang membuatkan aku insaf dan di sini aku nak share something untuk peringatan bersama.
Bukan untuk menceritakan keaiban orang tapi untuk pengajaran kepada kita semua. Ramai gak orang yang sesampai je di Madinah, merayu-rayu minta dibawa pulang. Tak tau la kenapa mereka jadi seperti tidak tentu arah, menyelongkar barang-barang jemaah lain dan menjerit-jerit. Sesampai sahaja di airport Madinah, ada juga orang yang bergendang-gendang pula. Apakah yang tersirat di sini? Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu.
Satu lagi, iaitu apabila azan berkumandang, semua kedai-kedai di situ akan menutup kedai mereka menggunakan tabir dan mereka akan terus bersembahyang tanpa bertangguh. Memang satu keinsafan buat kita (aku juga ingatkan untuk diriku sendiri) betapa mereka tidak mempunyai sikap untuk menangguhkan solat...Astaghafirullah...
Sori la kengkawan, aku tengah ketandusan ilham nak tulis lagi...ntah la kenapa kepala ni tadek idea nak tulis apa...apa apa pun, nanti aku update lagi k...
LEMPENG PEKAK CECAH KUAH ASAM PEDAS
19 hours ago
11 comments:
mak aku gi bdua tapi pulang sorang2 :(
sedihnya baca komen kt atas tu..wah yani..mesti bnyk air zam2 parents ko bawak kan??..nak sikit..hehhee
~ uishh, takut kan if tetiba dugaan Allah bagi kat kita bila g Mekah nanti. takut dan menginsafkan.. ~
salam yani..
alhamdulillah.. parents awak selamat kembali dan tiada mutiara yang terbaik dibawa pulang selian cerita @ kisah yang boleh menjadi teladan & iktibar (buat yang memahami) lantas meyakini..
apapun, salam tahun baru hijriah buat yani sekeluarga..
:-)
Ko fruz tak dpt ole2 lagik tu,hahaha.
Kebizian tahap cipan?
Err...kesian cipan tu kan? Selalu dijadikan mangsa tahap hiperbola...ha...ha..ha...
Adik ckLah tiba kat KLIA pukul 3 pagi,22 hb kemaren....tak sempat nak ngendeng jajan dia..
satu perkongsian pengalaman yg cukup bguna kan..
moga kita sentiasa muhasabah diri..
sesungguhnya tempat itu sungguh menginsafkan dan bukan semua berpeluang pergi...
Salam Yani...
Alhamdulillah...mak & ayah selamat sampai...semoga apa yang lihat di sana...dpt menjadikan kita insan yang lebih insaf...
Salam Maal Hijrah dari akak sekeluarga
ab geldofg : sabar ye, sekarang ni kita hanya boleh mendoakan semoga mereka di tempatkan dalam golongan yang beriman. InsyaAllah
------------
Yanmie : adalah juga, mai la sini amik..ekekek..ada lagi air zam-zam tu, on the way, pos laju...
------------
~ mizzAmy ~ : InsyaAllah, harap-harap kita dipermudahkan perjalanan semasa di sana
------------
Sifu Mirza,azza dan aNIe: cerita-cerita itu boleh dijadikan teladan untuk kita cermin diri kita, sebagaimana kita di sini perangai kita di sana semuanya akan terserlah. Salam tahun hijrah buat sifu, azza dan kak aNIe sekeluarga juga.
------------
julietchun : amboi ko...nanti aku post entri pasal ole-ole yang aku hadap ye...hehehe...
------------
xiiinam751 : kesian kan cipan tu, tak bersalah pun die...heheapa lagi ckLah, gilah jupe die merasa air zam zam...hehe
------------
Monkey D Luffy : Semoga kita pun termasuk golongan yang dapat ke sana...
Post a Comment