Music

Tuesday, December 16, 2008

Sedih betol...

Baru je telefon pihak di sana, aku tidak berjaya untuk temuduga...Sedihnya...Frust ada juga...nama aku cuma listed untuk pengambilan akan datang - tahun 2010...panas betul hati aku...untuk menenangkan hatiku hanya mampu berkata 'apa-apapun, mungkin aku tiada rezeki di situ...'

Karenah birokrasi betul-betul melemaskan aku...aku try contact pegawai diorang, kenapa aku tidak dapat langsung untuk panggilan temuduga... diorang cakap course yang aku study dulu tak selari dengan course yang diorang ada...ahh...alasan...ada je course aku di school tu...aku tanya lagi soalan-soalan yang bersarang di kepalaku ketika itu, tanda tak puas hati...last-last, baru dier cakap 'Lagi senang kalau ada orang dalam'. Aduh...geram betul. Kesian la orang yang langsung tak de connected dengan orang dalam, cam aku nih...huhuhu...sedih...

Aku ada cousin yang dapat kerja di P. Salah satu company besar jugak la di Malaysia ni...Tu pun makcik aku yang recommendkan...kebetulan makcik aku ni memang orang besar-besar la kat dalam company tuh...huh...kalau tak, tak de nye die dapat masuk ke dalam company tuh...sekarang ni, bini die pula dah keje sekali ngan die kat company tuh...

Sedihnya dan 'down'nye aku di waktu ini...waaaaaaaaaaaaaaaaaa...




-----------------------------------------------------------------------------------

Saja je nak tambah entry di bawah; pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

Bila Allah cepat makbulkan Doa kita, Maka DIA Menyayangi kita,
Bila DIA Lambat Makbulkan doa kita, DIA Ingin Menguji kita,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doa kita, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk kita.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

16 comments:

julietchun said...

"Kalo takde kabel takyah cuba nasib,buang masa ngan duit",kata-kata ni penah aku dgr dari srg penemuduga.

Kaktiny said...

jgn risau yani... rezeki Allah terbentang luas.. cuma belum sampai masanya.. (kaktiny penah rasa dan penah kena.. mmg rasa cam nak bunuh jer org yang interview tuh dan mmg rasa cam nk terjun lombong jer sbb tension..)

tapi InsyaAllah.. masanya akan sampai jugak nanti.. kaktiny doakan yer..

Yanmie said...

aiseh..ciannye..itulah reality hidup skrg nie..yan pun penah gak kena cam nie..anggap saje bukan rezeki kita..

SRISUFI said...

usah lah bersedey yani ku...hikss

nak wat cyanner kan dah kepala nyer pun status-quo...org bawahan apatah lagi...

kroni oh kroni...makin kronik

Sifu Mirza said...

alahai yani..

apa nak disedihkan...

cuba pakai 'kabel' makcik awak tu..
at least awak try..

tak cuba tak tahu...

apapun jgn sedih.. antara hikmah yg ada;

mungkin jika awak dpt keje kat situ, jawatan kontrak yg banyak kurangnya..

mungkin jika awak masuk sana, permainan ofis politiknya sgt dahsyat sehingga awak boleh tension..

mungkin ada rezki di tempat lain yg lebih baik..

tak semestinya tempat grand camtu boleh menjanjikan masa depan yang cerah buat awak..

think positif... it will energize you back..

;-)

iina said...

Be strong ok.. Insyallah.. akak doakan rezeki lain yg lebih dahsyat dan baik lagi ;)

tun izyan dalila said...

rilex.. hehe. as a muslim, we must believe in qadar. and rezeki is one of thing under the hands of Allah. no matter how hard we tried to get it, if Allah doesnt permits it, then you wont get it. and sometimes, there is something that we dont want, but if Allah wills it, then you have to deal it .(^^,) so,take good care and have faith in God.

pink_butterfly said...

relax la, maybe teda rezeki la tu... at least, maybe not now...

klu ada rzeki,skelip mata ja ble dpt apa yg kta mau tu... tp klu x rzeki, sesenang mana pon, mesti ada ja halangan yg dtg...

eiyda said...

Salam yani..bersabar..mungkin ada hikmah di sebaliknya..betul tu sekarang nak kerja kalau takde org dlm memang susah nak dapat..Apa2 pun berusaha & berdoa adalah jalan yg terbaik..

yani_worldpeace said...

julietchun : sedih ye orang boleh cakap cam tu pulak...kerajaan membantu membanyakkan pekerjaan konon, padahal tu bukannya fakta yang betul, sebenarnya kitalah yang belajar berhempas pulas, kita juga yang susah payah mencari kerja, semuanya depends on kita sendiri.

----------

kaktiny : thanks eh, doakan kite keje yang lebih baik dari sekarang ni. AMIN

----------

Yanmie : ooo...nampaknya ramai juga pernah hadapi benda cam yani ni ye? bukan apa la, tengok kawan-kawan tu senang je dapat keje yang best-best...hmm mungkin belum tiba masanya, juga bukan rezeki kita lagi kut

----------

Srisufi : thanks dear...kesian kan orang yang tak punya kroni ni...hehe...tak pe...sekarang dah boleh terima kenyataan dah...

----------

Sifu Mirza : keje kat tempat makcik tu tak sesuai lak dengan kelulusan yang kite ada nih...kalau tak boleh juga try...thanks Sifu, memang try to think positive ler nih...

----------

kak iina : thanks so much for your pray... AMIN

----------

tun izyan dalila : actually i just fed up with these crony things. Thanks for ur words friend, i'll be fine, just hav to think to find another way to find a better job.

----------

pink_butterfly : thanks la sayang...jangan lupa masak di rumah...kan jadi orang gaji tidak berdaftar sekarang nih...huhu

----------

eiyda : dah ok dah sekarang nih...hmm...sekarang ni kena cari jalan lain pula...thanks ya...

pemikir lapuk said...

belajarlah dari kesah taufik yg aku tulis kt blog aku....
aku ada idea utk dapat kerja...kwn aku dah prtik kan idea aku ni...dan dia bjaya dpt kerja....nak?...
hahahahaha

MiSyaJanah said...

alala yaniiii...relak ko sana laling....jgn ko too down tu....kompom lps ni, ada keja yg lebih baik lagi tuk ko...ko yakin jak ahhh...mmg bah tu kdg2, aku pun pena jg pns ati gitu...tp, tidak apa..ko set ja dlm mind...tidak selamanya dorg senang klu dpt cam gitu...hahahahhha...jahatnya akuuuuuu!!

Cikgu Kool said...

Yani...sabar...daddy pun rasa gak pe yang yani rasa tahun ni...terpaksa tunggu tahun depan...

Isk! isk!

yani_worldpeace said...

pemikir lapuk : nape tak update citer tu? aku dah baca sampai page 25 tetiba bersambung laks..cite la..

---------

MISya : InsyaAllah, dah okey ni sekarang. Harap-harap bahagia menantiku, in the future...

---------

Daddy Cool : yeke? hurm...kita sama-sama usaha lagi ok...mesti berjaya jugak akhirnya...

aNIe said...

Yani...

Memang mungkin ALLAH merancang yang lebih baik untuk Yani...

Jgn berputus asa dan besedih..Insyaallah...ada rezeki di lain kali

yani_worldpeace said...

kak anie: InsyaAllah, sekarang dah ok dah...mungkin ada hikmah di sebaliknya kan??

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com