Music

Wednesday, October 15, 2008

Tarikh lahir adalah nasibku?

Aku ingin berkongsi dengan pembaca mengenai tarikh lahir. Nak percaya 100% tak boleh juga tapi anggaplah ini sebagai permainan sahaja. Sebenarnya, ia adalah teori oleh Dr Fadilah Kamsah. Aku mengetahui mengenai teori ini bukanlah daripada Dr Fadilah sendiri, tetapi melalui ibuku yang mana kawannya telah membawa teori ini ke sekolah dan ibu membawanya balik ke rumah...

Caranya seperti di bawah;

Contoh penggunaan: tarikh lahirku adalah 25 April 1981

-Tambah nombor-nombor (25, 04, 81), iaitu tambahkan nombor pertama, iaitu 2+5=7, 0+4=4 dan 8+1=9.
-Jika nombor tersebut lebih daripada 9, contohnya 8+4=12, pastikan ia menjadi satu angka, maka 1+2=3.
- Tambahkan lagi dua angka di atasnya, iaitu 2+4=6
-Tambahkan nombor pada barisan 2 dan 3 untuk mendapatkan angka di luar kotak seperti gambarajah di bawah.



1. Kepimpinan
2. Perempuan:cantik, Lelaki:kahwin dua
3. Ambil berat
4. Baik Hati
5. Hutang
6. Kaya
7. Halangan
8. Peluang
9. Cemerlang, gemilang, terbilang (ala-ala macam slogan pak Lah la plak)

Dalam kotak tigasegi itu mengandungi tiga barisan, kan.
Barisan 1 dan 2 mewakili zaman remaja, barisan 3 mewakili zaman dewasa manakala dua angka di luar segitiga itu mewakili zaman 40an.

Menurut tarikh lahir aku laks,

Remaja - halangan, baik hati, cemerlang, gemilang, terbilang, cantik
Komen - aku rasa halangan je yang paling betul sebab sepanjang aku jadi mahasiswa di peringkat masters, pelbagai dugaan dan keperitan yang aku alami. Masalah dengan supervisor, masalah kewangan, masalah sumber info etc. Nantilah dalam post akan datang nanti aku cerita in detail. Nasib baik tak menangis air mata darah...

Dewasa - Kaya
Komen - kaya ke aku? humm..susahnya nak jadik kaya nih...Yang penting sekarang kena berusaha menuju kejayaan, jangan lupa akhirat dah ler. Terlalu kaya karang lupa dunia lak.

40-an - Peluang, kepimpinan, cemerlang gemilang terbilang
Komen - InsyaAllah semoga aku berjaya menggapai cita-citaku ini. Amin.

Korang apa laks? bolehla share sket...Apa-apapun ni adalah teori semata-mata. Janganlah ambil serius sangat.

p/s tapi yang kawin dua tu aku musykil sket...

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com