Semalam undian oleh TV3 mendapati bahawa 91% tidak bersetuju gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan membantu untuk mempromosikan Malaysia. Ramai orang meluahkan rasa kurang senang dengan penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan; pingat Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, kerana penggambaran filem hindustan - One Two Ka Four berlatar belakangkan A-Famosa. Mesti Shah Rukh Khan confius camne nak introduce diri sendiri nanti...hehe
Shah Rukh Khan adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka pada tahun ini. Namun begitu tarikh penyampaian anugerah kepadanya adalah berbeza dan masih belum ditetapkan lagi. Benarkah penganugerahan gelaran “Datuk” kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang. Adakah ia benar-benar percuma? Bukankah setiap Datuk akan diberikan elaun setiap bulan dan bukankah itu juga suatu pelaburan wang namanya? Nampak macam ada udang disebalik mee.
Apakah ini kerana keobsesan mereka terhadap Shah Rukh Khan ini menyebabkan SRK diberikan Datuk? Bukankah Shashilal K. Nair yang sepatutnya diberikan pangkat Datuk sebabnya dialah yang mengarahkan filem ini sehingga membawa mereka ke taman dan papan tanda yang tertulis A-Famosa Melaka.
Pda masa akan datang diharap penganugerahan ini perlu dipantau dan gariskan kriteria-kriteria yang melayakkan mereka menerima gelaran datuk. Jangan pula seperti tagline Nadia AF - 'redah je'.
Ni penggambaran SRK kat depan KLCC. Mungkin dia perlu diberikan pingat Tan Sri pula lepas ni?
Sumber
LEMPENG PEKAK CECAH KUAH ASAM PEDAS
1 day ago
No comments:
Post a Comment