Semalam tengok filem Qabil Kushri Qabil Igam...nasib baik tak tengok di pawagam aritu kalau tak rugi je. Bukan pe aku tak puas ati la filem tu terlalu tragis. Ok aku ceritakan sedikit sebanyak sipnosis cerita itu ok (bagi yang belum tengok la).
Si Qabil Kushri(Hans) ngan Qabil Igam(Rushdi Ramli) ni anak kembar. Diorang ni memang rapat la dari kecil sampai besar. Tup tup bercinta lak ngan Karisma(Erra) dan Rani(Ziana). Pas tu nak kawin. Dalam nak kawin ni je diorang ni bahagia. Sekali masa nak kenduri polis datang bagitau yang mereka telah menangkap Igam kerana membawa dadah. Mula la kisah tragis berterusan sampai ke akhir cerita. So, majlis terpaksa diteruskan tapi di antara Kushri dan Rani je. Karisma ni bermuram durja aje la selama 3 tahun sampai si Igam dibebaskan. Tapi Karisma ni ada peminat, kalau baik tak pe la ni lelaki dah ada anak, panas baran dan suka memukul lak tu...
Satu hari ni diorang dah nak disatukan la, sekali baru Igam tau yang dia ada HIV positif, so tak nak kawin ngan Karisma, diorang putus tunang. Tapi yang salahnya cerita ni, dia tak bagitau dengan Karisma n mak bapa Qabils ni pasal penyakit nih...Sekali datang lak rombongan nak meminang Karisma, mak dia ni terima aje la tak nak malu.
Beberapa bulan kemudian si Igam ni masih lagi bersedih...Ntah cam ne ntah dia boleh tertolak bapa dia sendiri dan mati. Pas tu mak dia pun dah tak nak terima dia sebagai anak...Tragis lagi...Lari la si Igam ni ke dalam hutan...datangla si Karisma memujuk Igam supaya kembali kepadanya. Sekali datang laki si Karisma yang panas baran ni memukul si Karisma ni. Si Igam ni tak tahan dan terbunuh Karisma dan mati...
Dipendekkan cerita, polis datang la mencari si Igam ni...si abg ni memujuk Igam supaya menyerah sekali kena tembak oleh si bahlul tu laks...laki si Karisma...sekali marah la si abg ni, terus dia amik parang nak bunuh si mamat tu, sekali dia pun kena bunuh juga...terlalu tragis..
Conclusion cerita : terlalu tragis, filem ini menunjukkan betapa dadah membawa kesengsaraan di kemudian hari. Tapi rasa tak logik juga yang si abg tak perasan si adik amik dadah kat universiti padahal diorang berdua rapat.
Conclusion aku : tak leh tengok cite cam ni sampai terbawa-bawa ke mimpi...rasa menyesal nengok ada gaks, tak pasal-pasal membuatkan kita duk terfikir-fikir mengenai filem ni...
LEMPENG PEKAK CECAH KUAH ASAM PEDAS
1 day ago
No comments:
Post a Comment