Monday, March 23, 2009

Assalammualaikum semua...

Ha, teka aku di mana sekarang???Haha aku di opis hubby ni tunggu die wat keje...jadik bosan-bosan aku surf tenet cari bahan nak bagi budak2 tu keje sket. Urm...Aiseh...banyaknye keje....Uwaaaa...

Sesambil wat keje ni tetiba teringat dah lama aku tak masuk blog. Bukannya aku tak teringat kat sahabat-sahabat mayaku ini, tapi kesibukan menghalang idea untuk dikeluarkan melalui tulisan di blog nih. Pendek kata, kekeringan idea la...

Erm, tadi adik aku mesej soh tepon die balik. Dalam hati aku 'takde kredit la tu'. Tapi memandangkan aku adalah seorang kakak yang mengambil berat tentang keluarga (mesti adik aku uwek2 bila baca ni), aku pun segera menelefonnya. Ingatkan pasal apa? Rupanya dia ingin memberitahuku yang dia telah dirompak. Boleh baca di sini

Bodoh juga gadis-gadis perompak tersebut sebab merompak budak-budak baru keje. Kalau nak merompak pun jangan la alang-alang. Rompak la makcik-makcik yang penuh emas di tangan dan penuh wang di handbagnya. Barulah berbaloi. Lepas ni tak payahla kuar sorang-sorang, at least berdua. Bukan perempuan je tau, lelaki pun kena berjaga-jaga juga.

Nak cerita pasal kawan aku yang pernah dirompak. Al kisahnya, lelaki ini dengan badannya yang sasa dan ketinggian yang tinggi ala-ala model ni pun pernah dirompak di Pudu. Masa tu, di tengah kesibukan tu, kawan aku ni telah didatangi tiga orang lelaki dan mengacukan pisau diperutnya. Last-last, diorang copet wallet kawan aku ni, tinggal sehelai sepinggang. Ha...siapa kata lelaki selamat? Sama-sama kena berjaga-jaga. Time gawat cam ni, time orang banyak kena berhenti kerja ni la masa yang berbahaya, sebab masing-masing desperate untuk mendapatkan duit.

Ok la semua, lepas post entri ni aku nak makan angin dulu ke rumah korang, korang buatkan air sirap ngan biskut mayat pun takpe la, aku telah je. Hihihi...


9 comments:

SRISUFI said...

Yani,

aku rindu sama kamu.

mana hilang ni?????


rinnduuuu

yani_worldpeace said...

ala...sri aku merinduimu jua...

bukan hilang la, bz jer...lagipun kekurangan idea nak menulis.hihihi

pink_butterfly said...

oohh..kakakku yg sungguh mgambil berat~~~


daku sungguh tharu...

Monkey D Luffy said...

eh... suami ko ckp tensen sebab ko ada dekat situ... lalala

~ mizzAmy ~ said...

~ pasal isu rompak merompak nih memang tak kira siapa dan bila. org yg merompak nih sangat berani mati. diorg tak pedulik nenek tua sekali pun. jahat kan manusia camnih? ~

MiSya said...

huhuhu..yan.....lama sdh kita ndka tukar2 komen kan....huhuh..miss u som uch loooo

julietchun said...

kawan, apsal lama tadak mari? Skang ni semua orang kena berjaga tak kira lelaki atau pompuan.

eiyda said...

Yani..

Sudah lamaku tunggu kemunculan kamu..

kesian kat adik yani..sekarang ni kena berhati2 dah tak kira lelaki ataupun pompuan..takutnyer!!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

cuaknye!! laki pon kena

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com