Music

Tuesday, March 24, 2009

Banyaknya keje nak dibuat....Arrrrghhhh....

Tetiba hari ni mood untuk menulis di blog kembali lagi. Magic apakah yang telah berlaku kepadaku setelah beberapa lama mendiamkan diri dari dunia blog nih? Entahlah, tidak diketahui sebab musabab yang pasti, cuma perasaan hari ni rasa happy sket, walaupun dihujani dengan kesibukan kerja yang melampau.

Oleh kerana kitorang balik begitu lambat semalam (kitorang sampai umah kul 12 tengah malam) bangun pagi pun aku liat betul membangunkan diri. Letih tau, tak cukup tidur. Bila di calculate, aku tidur selama 6 jam sahaja, huhu...Selalunya, aku akan cuba juga mencukupkan waktu tidur selama 8 jam. Rasanya tidur semalam lebih kepada mimpi je...tk pe, malam ni sure nak topup tidur balik. Hehehe...

Sampai je kat opis, kerja dah melambak2 dah diberikan oleh bos. Yang aku tension tu bukannya ape? Contohlah, bos A yang ni suruh team group aku untuk completekan keje yang tu, bos B pulak soh wat benda lain pulak. Kesian budak-budak team aku nih. Pressure diorang. Aku nak wat cemana, kena la pantau je benda-benda alah yang diorang wat. Aku sebagai Quality Analyst kenalah pulak buat error checking, poneng no...banyak sangat error...Adesss...

Ari ni ada pasar malam kat depan opis aku nih, so aku plan nak gi meronda-ronda dulu yer...sebelum hubby datang ni elok aku chow dulu la, kang tak sempat pula membeli-belah barang-barang dapur. Erm...actually aku teringin nak makan rojak buah, nak nengok dulu kat pasar malam tu ade tak jual. Teringat pula masa dulu di UiTM setiap seminggu memang pekena rojak buah jer...sedap...nyam nyam nyam...

10 comments:

LIEZA said...

hehehe...sabo je la sis...xpn meh lieza tlg..hahaha...lieza xde keje nih..:D

LIEZA said...

neenoo...neenoo..saya dtg membantu...hehehe...:)

naz ilyn said...

salam...
emmm... lama tak pekena rojak buah terliyur rasanya.

Kapten Luffy said...

nyum! nyum! slurrppp

~ mizzAmy ~ said...

~ sedapnya rojak buah... kecur kejap nih.. ~

SRISUFI said...

Salam cik mek,

jangan lupa beli buah kundang yang kecik2 kaler kuning tu tau. Kami makan sampai sakit perut.


cepat2 aktifkan blog mu ni k.

julietchun said...

siapalah kamu tanpa blog,hahah. rojak buah mahal skang ni.

eiyda said...

Bestnya ronda2 kt pasar malam...macam2 makanan boleh pilih..tunjuk jer kan..mana nak cari pasar mlm kt sini? teringin sgt nak makan tau fu fah..dah lama tak makan..huhuhu..

Sitie BUm BUm said...

sabar ek..

Anonymous said...

Lucky Club: Lucky Club - Live Casino & Sports Book
Lucky Club, located in Laughlin, Nevada, is a new online gambling luckyclub operator that's been around since 2015. It's one of the few new online casinos in Laughlin

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com