Music

Wednesday, March 25, 2009

Peringatan!!!

Erm...bebudak opis kebanyakannya dah balik, ni lah masa untuk aku menghapdate blog, kalau tak langsung la tak terbuka pun tenet nih. Ari ni aku tak nak la membebel ape-ape, cuma nak berkongsi maklumat yang aku dapat daripada email.

BACA BOLEH....TAPI PERCAYA JANGAN!!! SBB HANYA ALLAH YG LEBIH MENGETAHUI SEGALA RAHSIA LANGIT DAN BUMI........
---------------------------------------------------------------------

As'salammualaikum...

Buat sahabat-sahabat..teman-teman..kawan-kawan..saudara-saudari..dan kaum muslim muslimah yg saya hormati sekalian. Apa yang saya ingin berkongsikan bersama anda semua pada hari ini, adalah hasil perkongsian maklumat yg saya perolehi dr sahabat yang telah mengirimkan email ini kpd saya. Percaya atau tidak terpulang pada kebijaksaan anda yang dihormati sekalian. Hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya. wallahu'alam


[Bukti kebenaran Al Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]


a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada
tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

Wallahu'alam...

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Semoga kita beroleh keaman dunia akhirat..sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.

-----------------------------------------------------

Takutnya. Pelik, masa kita baru dilahirkan kita menangis sedih kerana kita baru keluar melihat dunia, tapi sekarang ni kita takut untuk kembali kepadaNya. Kenapa? Sebab kita tidak yakin apakah amalan yang kita lakukan ini mencukupi atau tidak. Ada juga orang yang takut disebabkan tidak mahu meninggalkan harta-harta, anak bini dan keluarga padahal semua ini tidak kekal buat selamanya.

Sayang kamu semua

11 comments:

pink_butterfly said...

uhuk3...

takutt~~~

Yanmie said...

salam...

wah lamanya x hapdate blog. windu jugak nie. Anyway thans kongsi artikel nie...

julietchun said...

kejarlah dunia seolah2 kamu akan hidup 1000thn lagi dan kejarlah akhirat seolah2 kamu akan mati esoknya.

intanmaria said...

ya allah..
insafnya..

btw, salam perkenalan dari newbies ye

_______________________________
http://intanmaria.blog.friendster.com

Adam said...

ada logiknya jugak... =)

a.b geldofg said...

lama tk jumpa..apa kbar? :)

izman said...

kiamat adalah pasti, cuma masanya yg masih menjadi rahsia Allah.

meza said...

yanie,
rajin-rajin la update.
dh rindu dengan entri kamu.

naz ilyn said...

salam...
terima kasih berkongsi maklumat ini... sesungguhnya kepadaNya jua kita kembali... persoalannya adakah kita semua telah bersedia..???

Anonymous said...

Nice post.

Salam, kami merupakan pekerja-perkerja yang telah dibuang tanpa menerima gaji dan pampasan oleh sebuah syarikat multinasional yang dalam proses untuk lari dari Malaysia

Please support kami.

Jadilah follower kami.

http://agni-energie.blogspot.com

Inilah usaha kami untuk menuntut hak kami.

Sitie BUm BUm said...

meremang la plak tengkuk

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com