Music

Wednesday, August 27, 2008

PKR menang dengan majoriti 15,671

Sudah terbukti kemenangan berpihak kepada PKR...Ramai orang seronok, masing-masing mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi, manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja.

Semalam semua orang sibuk mengikuti perkembangan pengiraan undi, sesiapa yang selalu masuk tidur awal sudah tentu akan tidur lewat, semata mata untuk menunggu keputusan pengundian...Lima minit selepas pengumuman rasmi melalui tv, terdengar bunga api dimainkan di pekan, umpama menyambut hari kemerdekaan atau Tahun Baru Cina sahaja lagaknya. Nampaknya masing-masing seronok dengan berita ini.

Apa-apa pun, tabik spring kepada DSAI, jentera dan penduduk Permatang Pauh di atas kemenangan besar tersebut.

Tuesday, August 26, 2008

Hari Pengundian di Permatang Pauh

Wah..hari ini, tanggal 26 Ogos adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh penduduk di Permatang Pauh untuk bercuti. Bukan cuti suka-suka, tetapi hari untuk mereka melakukan tanggungjawab mereka untuk mengundi calon pilihan mereka sebagai wakil untuk menghantar suara mereka di Parlimen kelak.

Menurut HarakahDaily.net, calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengundi jam 9 pagi ini di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang dekat sini selepas hampir 10 tahun terhalang akibat kezaliman Barisan Nasional (BN) ,manakala calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dijangka akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Di bawah adalah statistik undian di Permatang Pauh daripada tahun 1999 hingga 2008.

Siapa yang akan menang? Kita tunggu malam ini pada waktu pengiraan undi...Rasa berdebar-debar lak...

Friday, August 22, 2008

Tanda-tanda dunia dah akhir zaman

Nampak sangat dunia dah akhir zaman. Macam-macam peristiwa yang telah pun berlaku sekarang ini, tidak kira ia berkenaan dengan diri sendiri, masyarakat dan juga isu negara kita yang mengusutkan pemikiran kita juga. Setiap hari kita dimomokkan dengan fitnah dan kemungkaran yang bebas disiarkan di kaca televisyen dan berita pada setiap malam. Mereka seakan tidak malu lagi untuk membincangkan isu-isu yang tertutup dan memalukan bagi ibu bapa (cth isu liwat etc).


Tuduh menuduh siapa yang salah siapa yang betul, siapa yang pening? Kita sebagai rakyat juga yang terpaksa dimomokkan dengan kemungkaran yang berlaku di depan mata. Mampukah kita menjadi penonton kepada situasi-situasi ini? Padahal isu kanak-kanak hilang, seperti Sharlinie dan Mawi yang sekarang ini masih lagi tidak dijumpai, dan allahyarhamah Nurin Jazlin yang telah menemui ajalnya akibat perilaku manusia yang tidak berhati perut, tidak diambil perhatian yang sewajarnya. Mereka lebih mementingkan pilihanraya yang bakal diadakan pada beberapa minggu lagi, bala tenteranya bukan main ramai lagi, macam nak pergi berperang sahaja lagaknya. Paling-paling, ibu bapa yang akan dipersalahkan. Bagaimana jika peristiwa ini terjadi pada masa akan datang? Klik pada gambar ini.

pilihanraya Kecil Permatang Pauh « Blog Archive « Kickdefella Photo Journal

Di bawah saya senaraikan 22 tanda kiamat semakin hampir...Marilah kita bersama-sama beristiqamah...Kredit

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Fikir-fikirkan

Thursday, August 21, 2008

Aznil Hj Nawawi


Aznil dan anak-anaknya

Saya begitu gemar menonton Macam-Macam Aznil, hosnya sudah tentu Aznil Hj. Nawawi. Kekadang melihat aksinya itu membuatkan saya merasa pelik, bagaimana umurnya 45 tahun boleh lagi terlompat-lompat dan menari pelbagai jenis tarian (yang saya tengah tonton sekarang ialah dia menari lagu Hindustan). Kelakar sungguh.

Aznil sememangnya memang tidak tahu malu. Dengan aksi yang bersahaja begitu membuatkan penonton teruja untuk menonton aksi dan perkataan yang keluar dari mulutnya. Sebab itulah kami sekeluarga akan sentiasa menonton di depan tv untuk menonton Macam-Macam Aznil.

Saya juga suka menonton 'Jangan Lupa Lirik' dan jangan terkejut (semestinya orang tak terkejut la) saya juga suka menonton 'Tom-Tom Bak. Sememangnya Aznil adalah seorang yang versatile. Beliau mampu mengacarakan. Bait-bait penggunaan patah perkataan, ungkapan dan gaya bahasa membayangkan Aznil seorang pengacara yang berilmu dan membaca. Aznil ialah seorang pengacara yang “versatile”, keletahnya menghiburkan. Pengamatannya terhadap konsep acara tv dan interaksi dengan peserta mampu mempesonakan sesiapa yang mendengar.

Sememangnya Aznil memang berbakat sebagai pengacara, pelakon, pelawak, DJ...apa lagi???Hehe...

Gadis Formula 1


Gadis Formula 1 adalah salah satu target bagi setiap orang yang menyaksikan perlumbaan Formula 1. Kehadiran mereka di litar lumba menambahkan kehangatan perlawanan Formula 1. Dengan mengenakan pakaian yang seksi sudah tentu mampu membuatkan para lelaki menelan air liur dari jauh. Hehehe...

Dan bergambar dengan gadis litar adalah menjadi satu kebanggaan kepada peminat Formula 1. Amboi, happynye budak ni kena peluk orang cantik dan seksi...

Kredit foto

Maya Karin dan suami



SAMA PADAN: Maya Karin bersama Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, 38, selepas pernikahan mereka di sebuah pusat percutian terkemuka di Itali, kelmarin. Pasangan itu dinikahkan Imam Abdullah yang berasal dari Algeria di Villa Corte de Lago, kira-kira jam 11 malam (waktu Malaysia). Amboi, bertuah betul omputeh ni ye, dapat menawan hati Maya.

Fakta menarik:

1. Maya & Muhammad Ali mula berkenalan semasa menemani adik Maya yang belajar di Garden International School. Pada masa itu, Muhammad Ali adalah seorang guru matematik.
2. Steven telah memeluk Islam 4 tahun lalu.
3. Mulai 2 tahun lalu, barulah mereka sama-sama merancang kehidupan sebagai suami isteri.
4. Nama Muhammad Ali dipilih sebab ianya satu simbolik kepada semangat perjuangan pengusti terkenal Muhammad Ali.
5. Maya Karin tertarik dengan Muhammad Ali sebab karakternya ada sense of humor dan mampu buat Maya ketawa.
6. Majlis perkahwinan akan diadakan secara sederhana di Bellagio selama dua hari iaitu 9 dan 14 Ogos di sebuah villa persendirian milik famili Muhammad Ali. Maya akan memakai busana ciptaan Saiful Bahari untuk majlis kahwin di Itali dan busana Radzuan Radzwill untuk majlis di Kuala Lumpur.
7. Majlis itu khabarnya akan diadakan di sebuah tasik indah di kota raya Itali kerana bakal suaminya itu berasal dari negara tersebut.
8. Untuk rakan-rakan dan media pula akan diadakan pada 29 Ogos di Kuala Lumpur. Upacara akad nikah akan disempurnakan oleh Imam Abdullah dan dihadiri oleh 70 orang.
9. Pengumuman ini akan memadamkan segala gossip negatif skandal Maya dengan beberapa orang VIP.
Kredit

Bapa Nurin Jazlin saman polis, kerajaan


Semalam cukup setahun pemergian Nurin Jazlin yang dibunuh secara kejam dan mendapat perhatian dari semua warga masyarakat yang turut sama merasai keperitan keluarga Jazimin Abdul Jalil di atas pemergian mengejut Nurin.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang kanak-kanak berumur berumur lapan tahun diperlakukan dengan kejam dan mayatnya dimasukkan ke dalam beg sukan kemudiannya diletakkan di luar sebuah rumah kedai di Petaling Jaya. Betapa sedihnya anggota keluarga Nurin Jazlin apabila pihak polis mengaitkan kehilangan dan pembunuhan tersebut dengan ah long, seolah-olah keluarganya berurusan dengan ah long.

Entah di mana silapnya apabila gambar-gambar post-motem Nurin yang derita dan mengaibkan telah diedarkan dan tersebar menerusi internet yang dikirim menggunakan e-mel dan tiada hukuman dikenakan terhadap pesalah itu.

Menurut Utusan, Jazimin Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah dan kecuaian terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana mendakwanya meminjam duit daripada ah long serta membenarkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya, Allahyarham Nurin Jazlin. Jazimin, 33, menuntut RM2 juta untuk saman fitnah manakala saman cuai diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com