Music

Friday, August 22, 2008

Tanda-tanda dunia dah akhir zaman

Nampak sangat dunia dah akhir zaman. Macam-macam peristiwa yang telah pun berlaku sekarang ini, tidak kira ia berkenaan dengan diri sendiri, masyarakat dan juga isu negara kita yang mengusutkan pemikiran kita juga. Setiap hari kita dimomokkan dengan fitnah dan kemungkaran yang bebas disiarkan di kaca televisyen dan berita pada setiap malam. Mereka seakan tidak malu lagi untuk membincangkan isu-isu yang tertutup dan memalukan bagi ibu bapa (cth isu liwat etc).


Tuduh menuduh siapa yang salah siapa yang betul, siapa yang pening? Kita sebagai rakyat juga yang terpaksa dimomokkan dengan kemungkaran yang berlaku di depan mata. Mampukah kita menjadi penonton kepada situasi-situasi ini? Padahal isu kanak-kanak hilang, seperti Sharlinie dan Mawi yang sekarang ini masih lagi tidak dijumpai, dan allahyarhamah Nurin Jazlin yang telah menemui ajalnya akibat perilaku manusia yang tidak berhati perut, tidak diambil perhatian yang sewajarnya. Mereka lebih mementingkan pilihanraya yang bakal diadakan pada beberapa minggu lagi, bala tenteranya bukan main ramai lagi, macam nak pergi berperang sahaja lagaknya. Paling-paling, ibu bapa yang akan dipersalahkan. Bagaimana jika peristiwa ini terjadi pada masa akan datang? Klik pada gambar ini.

pilihanraya Kecil Permatang Pauh « Blog Archive « Kickdefella Photo Journal

Di bawah saya senaraikan 22 tanda kiamat semakin hampir...Marilah kita bersama-sama beristiqamah...Kredit

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Fikir-fikirkan

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com