Music

Thursday, August 21, 2008

Bapa Nurin Jazlin saman polis, kerajaan


Semalam cukup setahun pemergian Nurin Jazlin yang dibunuh secara kejam dan mendapat perhatian dari semua warga masyarakat yang turut sama merasai keperitan keluarga Jazimin Abdul Jalil di atas pemergian mengejut Nurin.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang kanak-kanak berumur berumur lapan tahun diperlakukan dengan kejam dan mayatnya dimasukkan ke dalam beg sukan kemudiannya diletakkan di luar sebuah rumah kedai di Petaling Jaya. Betapa sedihnya anggota keluarga Nurin Jazlin apabila pihak polis mengaitkan kehilangan dan pembunuhan tersebut dengan ah long, seolah-olah keluarganya berurusan dengan ah long.

Entah di mana silapnya apabila gambar-gambar post-motem Nurin yang derita dan mengaibkan telah diedarkan dan tersebar menerusi internet yang dikirim menggunakan e-mel dan tiada hukuman dikenakan terhadap pesalah itu.

Menurut Utusan, Jazimin Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah dan kecuaian terhadap polis dan kerajaan Malaysia kerana mendakwanya meminjam duit daripada ah long serta membenarkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya, Allahyarham Nurin Jazlin. Jazimin, 33, menuntut RM2 juta untuk saman fitnah manakala saman cuai diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

No comments:

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com