Music

Wednesday, February 25, 2009

Letih woo...

Minta maafla kengkawan sekalian, disebabkan kesibukan yang melampau membuatkan aku terpaksa me'limit'kan kemasukan aku ke blog ni...

Semalam lepas kerja aku menemankan husband ke Sungei Wang sebab ada probs sket ngan handphonenye tu, urm...tu la, beli handphone mahal-mahal tak ke mana pun, last-last nak jual pun tak berharga kan???Nasib baik pihak di sana format balik handphone tu, free je. Ye la, hubby baru je guna handphone tu sebulan, tup-tup ade probs lak...

Tengah berjalan tu call plak ibu. Ibu soh beli barangan gift untuk adik aku yang bakal berkahwin dalam seminggu lagi nih...Pening gak kepala aku nak kena memilih barangan yang cantik ni...apa latest update gift untuk majlis kahwin sekarang eh???Selalunya bunga telur, sapu tangan, kipas, sudu...dah blurr dah aku nih...InsyaAllah hujung minggu ni aku dah kena mencari dah ni...Korang kalau ada idea bolehla bagi kat aku eh...

Ha...tengah aku jenjalan tu juga, aku terserempak ngan seseorang...korang teka sape???si Pasa la...padahal baru tadi kat opis aku mengumpat si Pasa tuh, panjang umur dia...huhuhu...Nak nak lagi ada la sorang adik kat opis aku minat plak ngan si Pasa nih...dan inilah first time aku dengar ade orang yang aku kenal minat ngan si Pasa.

Pastu balik umah dah malam dah, kul 9.30 pm baru sampai di rumah. Letih juga meronda-ronda selepas balik dari kerja...Tido lena woo...

Tadi pagi lak, hujan...Sepanjang perjalanan dari rumah ke opis, ade 3 accident, salah satu penyebabnya mungkin pasal jalan licin la kut...Nauzubillah...Semoga dijauhkan daripada kejadian sebegitu...Amin...

Tuesday, February 10, 2009

Update aku

Beberapa hari ni tak dapat la menjengah blog, keja baru di sini sememangnya busy sangat, setiap hari kena kejar target dan setiap minggu kena submit result kepada bos...kengkadang kena stay lewat sejam dua untuk habiskan kerja-kerja yang tertangguh ni...sememangnya busy dengan routine kerja.

Nak cerita sepanjang perjalanan aku sepanjang berada di sini. Gambar-gambar kat bawah ni masa dalam perjalanan dari KK ke KL. Perasaan yang bercampur baur berada dalam hati, ye la, aku dah jadik perantau di tempat orang untuk kesekian kalinya...Untuk pengetahuan korang, gambar-gambar ni aku ambil curi-curi je, sebab aku tak pasti boleh ke tak buka kamera dalam kapal terbang ni semasa nak naik dan nak turun. Peramugari lalu je aku letak kamera kat dalam beg...susyyy....

tapi kan, ada juga orang yang menggunakan telefon masa kapal tengah landing. Aku yang patuh pada arahan ni terkejutla. ye la, ia kan akan bagi effect dengan pendaratan or radar (aku tak tau sangat). Selamba dek je mamat tu. Pastu terus kapten kapal announce suruh tutup handphone tuh...nasib baik die paham then tus die tutup handphone tuh...


Gambar di bawah ni aku ambil sepanjang balik kampung, aku ngan hubby naik tren. Tak de la best sangat pun pemandangannya, boring juga. Sesambil dengar lagu dari handphone aku lalu aku pun tertidur...amboi...ayat!!!Gambar yang last sekali tu adalah gambar yang aku ambik dah nak maghrib tu. Dah gelap dah...bosanla katakan...


Bawah ni taim aku n hubby jenjalan ke KL, ntah cemana hubby aku nak nengok kengkawan die yang tengah bertugas kat Amcorp Mall tuh. Kan ada lelong barangan artis untuk disalurkan ke Gaza, ingat tak. Kitorang gi dah lambat jugak, so artis2 yang nyanyi pun aku tak kenal. Ni sesaja je amik gambar...nak masuk ke blog. Untuk korang kan...Kat bawah tu kenal tak? Fahrin Ahmad tu...isy..hubby aku tu amik gambar curi, sebenarnya aku bukannya nak masukkan gambar ni...buat malu jer...hiiiiii....

actually, masa ni fahrin n scha tengah nak membayar parking kereta sekali ramai orang nak bergambar ngan diorang. Scha memang real cantik lagi life daripada kat tv tu...Pandai fahrin ni mencari, erm..asenye die memang sukakan orang yang tinggi lampai, kurus dan chinese look. Betulkan???hihihi


Bawah ni pula taim anak buah aku bagi makan itik ...Comel betul nengok itik-itik tu berjalan berkawanan dan beratur nak makan...hihihi...yang kat bawah sekali tu la owner itik tu, dah masuk asrama dah pun. Terpaksa la mak dia lak ambil alih tuk bagi makan itik2 tuh...bertuah betul...

Bawah ni pula mainan yang baru dibeli oleh hubby aku. Kapal terbang ni boleh ditukar kepada robot. Rega 200++, layankan jer laa....

Okeh la, baru je masuk 2 minggu bekerja nih kena la nampak menyungguh sket. So tak boleh amik masa banyak kat blog lagi nih, sori sangat ye, ada masa aku tetap akan cuba berjalan-jalan ke blog kalian...Keje aku tak pandainye abis-abis lagi, walaupun setiap hari aku akan balik lambat sket tuk perabis kerja...alahai, nak wat cemana kan...terima je la dengan hati yang redha.

Wokay, aku kena gi dulu nih....bubye...

Wednesday, February 4, 2009

Bermulalah episod baru

Bekerja di sini segala-galanya baru bagi aku. Pertamanya, di ofis lama aku takde punch card, kat sini ada, kalau kat sana, nak kuar pun sesuka hati aku jer, tapi kat sini kena guna kad. So, kat sini aku jadi lebih berdisiplin dengan kerja.

Perbezaan yang lain, kat opis lama aku sumenye orang Cina, tapi kat opis ni sumenye Melayu, kecuali bos je orang Cina. Jadi memang la environment kerja tu lain sangat. Kalau orang Cina ni time kerja tu senyap je, tapi kalau orang Melayu ni, taim kerja ni ada je suara-suara orang berborak sambil membuat kerja...korang jangan marah yer, ni hasil daripada pemerhatian yang telah aku jalankan sejak beberapa hari bekerja di sini.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana tidak menanam anggur lama, ni dah kerja ni senang la aku sebab kalau guna duit sendiri nak berbelanja pun bebas je, kalau guna duit suami pula rasa tak best, rasa bersalah je...ye la, kesian dia cari duit then kita tak boleh la spend sesuka hati. Bagaimanapun, aku tetap berbelanja dengan berhemah, apa lagi dengan kegawatan dan keadaan kami yang baru nak memulakan hidup baru di tempat baru.

Malam ni hubby ajak untuk menonton cerita Ong Bak, die kata best. Aku kurang sket la kalau nak tengok cerita ala-ala bergaduh ni, abis cerita tu mungkin dalam kul 11 pm. Tak pe la, hentam je la aku tidur kat panggung wayang tuh...hehehe...

Ok la...nak mula kerja dah ni...dah kul berapa dah ni...pasal upload gambar tu still tak sempat lagi nak satukan gambar-gambar tu dalam satu image...tengok la sabtu ni kut. InsyaAllah...ok guys, selamat bekerja semua...

Monday, February 2, 2009

Menjenguk blog sekejap

Salam korang sume...

teka aku kat ne sekarang ni??? Ha, aku sekarang menumpang tenet kat tempat keje dah. Syukur alhamdulillah duk umah cuma 15 hari jer, kalau lagi lama mau tak mati kutu. Terima kasih sesangat kepada kengkawan yang turut sama mendoakan keberhasilan aku untuk mendapat keje nih...sayang korang...

ok la, nanti next post aku nak tunjuk gambar-gambar sepanjang pengembaraan aku bercuti selama 15 hari nih...jangan tak tau, aku sentiasa memastikan kamera sentiasa berada di sisi, hanya untukmu...mmmuaahh...

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com