Tuesday, February 10, 2009

Update aku

Beberapa hari ni tak dapat la menjengah blog, keja baru di sini sememangnya busy sangat, setiap hari kena kejar target dan setiap minggu kena submit result kepada bos...kengkadang kena stay lewat sejam dua untuk habiskan kerja-kerja yang tertangguh ni...sememangnya busy dengan routine kerja.

Nak cerita sepanjang perjalanan aku sepanjang berada di sini. Gambar-gambar kat bawah ni masa dalam perjalanan dari KK ke KL. Perasaan yang bercampur baur berada dalam hati, ye la, aku dah jadik perantau di tempat orang untuk kesekian kalinya...Untuk pengetahuan korang, gambar-gambar ni aku ambil curi-curi je, sebab aku tak pasti boleh ke tak buka kamera dalam kapal terbang ni semasa nak naik dan nak turun. Peramugari lalu je aku letak kamera kat dalam beg...susyyy....

tapi kan, ada juga orang yang menggunakan telefon masa kapal tengah landing. Aku yang patuh pada arahan ni terkejutla. ye la, ia kan akan bagi effect dengan pendaratan or radar (aku tak tau sangat). Selamba dek je mamat tu. Pastu terus kapten kapal announce suruh tutup handphone tuh...nasib baik die paham then tus die tutup handphone tuh...


Gambar di bawah ni aku ambil sepanjang balik kampung, aku ngan hubby naik tren. Tak de la best sangat pun pemandangannya, boring juga. Sesambil dengar lagu dari handphone aku lalu aku pun tertidur...amboi...ayat!!!Gambar yang last sekali tu adalah gambar yang aku ambik dah nak maghrib tu. Dah gelap dah...bosanla katakan...


Bawah ni taim aku n hubby jenjalan ke KL, ntah cemana hubby aku nak nengok kengkawan die yang tengah bertugas kat Amcorp Mall tuh. Kan ada lelong barangan artis untuk disalurkan ke Gaza, ingat tak. Kitorang gi dah lambat jugak, so artis2 yang nyanyi pun aku tak kenal. Ni sesaja je amik gambar...nak masuk ke blog. Untuk korang kan...Kat bawah tu kenal tak? Fahrin Ahmad tu...isy..hubby aku tu amik gambar curi, sebenarnya aku bukannya nak masukkan gambar ni...buat malu jer...hiiiiii....

actually, masa ni fahrin n scha tengah nak membayar parking kereta sekali ramai orang nak bergambar ngan diorang. Scha memang real cantik lagi life daripada kat tv tu...Pandai fahrin ni mencari, erm..asenye die memang sukakan orang yang tinggi lampai, kurus dan chinese look. Betulkan???hihihi


Bawah ni pula taim anak buah aku bagi makan itik ...Comel betul nengok itik-itik tu berjalan berkawanan dan beratur nak makan...hihihi...yang kat bawah sekali tu la owner itik tu, dah masuk asrama dah pun. Terpaksa la mak dia lak ambil alih tuk bagi makan itik2 tuh...bertuah betul...

Bawah ni pula mainan yang baru dibeli oleh hubby aku. Kapal terbang ni boleh ditukar kepada robot. Rega 200++, layankan jer laa....

Okeh la, baru je masuk 2 minggu bekerja nih kena la nampak menyungguh sket. So tak boleh amik masa banyak kat blog lagi nih, sori sangat ye, ada masa aku tetap akan cuba berjalan-jalan ke blog kalian...Keje aku tak pandainye abis-abis lagi, walaupun setiap hari aku akan balik lambat sket tuk perabis kerja...alahai, nak wat cemana kan...terima je la dengan hati yang redha.

Wokay, aku kena gi dulu nih....bubye...

5 comments:

~ mizzAmy ~ said...

~ wah.. banyaknya rentetan peristiwa. tengah busy ekh? tak per la, update la slow2. ~

Monkey D Luffy said...

best ler mainan hubby ko... hadiahkan ler aku... lalala

Sifu Mirza said...

layan jgn tak layan yani...

asal bahagia...

:-)

Dakjaat™ said...

fund dari seluruh dunia utk gaza tu kan .. tak kesampaian ke palestine.. gov mesir tahan duit tu .. huuu~

cendawanintim said...

comel ajer gambo ngan itik tu..

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com