Wednesday, October 28, 2009
Mai kursus le
Actually baru balik dari kursus kepimpinan pada Isnin (26 Ogos lalu, kerjasama antara KPT dan INTURA. Memang best dan tiptop, kemudahan penginapan, makanan hinggalah kepada kerjasama yang baik daripada pihak penganjur.
Mula-mula bila dapat surat yang mengatakan yang aku kena datang gak ke kursus ni, alahai rasa malasnya. Tapi, once masuk bilik penginapan bilik je, dah la sebilik 2 orang je, ada tv dan aircond juga. Sesekali terasa macam bercuti pula. hehe...
3 hari pertama, biasalah, kena hadiri lecture, tapi yang paling best lecture pasal diplomatik dan keselamatan negara. Banyak benda baru yang dapat dikongsikan bersama peserta2 kursus.
Lepas tu hari kedua terakhir adalah program LDK, program ini menitik beratkan kerjasama antara ahli, dan arahan peru diberikan oleh seorang sahaja, kalau banyak2 arahan mesti kerja tidak akan berjaya dibuat, lebih kurang macam tu la penilaian yang aku fahami sepanjang program ini. Malamnya, simulasi kembara dijalankan, dan mata ditutup sepanjang perjalanan, letih tapi seronok.
Hari kemuncak adalah Kembara, di mana kami telah dibawa ke Perak, specific nama tempat tu tak ingat lak...huhu...kemi perlu meredah sungai, naik bukit yang bercerun tinggi, dah la masa tu lepas hujan, lepas tu kena turun dari tebing dengan air sungai yang deras mengalir di bawah...yang paling aku risau pada mulanya adalah aku kena menyelam untuk menyeberang kerana kayu besar diletakkan di tengah sebagai halangan. Aku ni dengan tak pernah menyelam, xpandai berenang langsung, berjaya juga atasinya. Lepas tu, masuk dalam gua yang gelap, kena la merangkak dan berjalan dalam keadaan yang gelap, dengan air sungai yang deras pulak tu. Oleh itu, pada 25 Oktober 2009 adalah hari bermakna dalam hidupku...hahha...walaupun mungkin ada orang kata...'ala biasa je tu' tapi aku tetap merasakan ini adalah antara pencapaian terbaik dalam hidupku.
Apa yang boleh aku simpulkan daripada aktivit kembara ini, kita perlu berani dalam hadapi halangan yang terbentang di hadapan. Semangat dalam diri perlu ada untuk berjalan terus ke hadapan hingga ke garisan penamat. Kadang-kadang rasa putus asa dalam diri memang ada, tapi semua rasa tersebut perlu kita tepis untuk terus menuju ke hadapan. Yes, u can do it babe!!!
Balik dari trip je terus facebook akaun untuk peserta kursus dibuka...semoga networking antara ahli berterusan untuk kebaikan bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adv_username = "worldpeace254";
adv_gid = "worldpeace254_default";
adtype = "468x60";
3 comments:
dah lama tak alami kembara gitu, seronok.
best jgk kan gi kem
kembara tu kat pengkalan hulu,gua itik n gua gendang..saya pun ikut jgak msa tu..
Post a Comment