Music

Wednesday, October 27, 2010

...

Minta maaf kerana post kali ni mengeluarkan kata-kata yang sedikit emosi.

Tidak tahu untuk diluahkan kepada siapa. Kadang-kadang suara hati ini terasa menjerit untuk jelaskan kepada orang yang terdekat denganku untuk meluahkan perasaan. Nak beritahu apa sebenarnya yang tersirat di hati ini. Tapi aku tidak mampu meluahkan segalanya sampaikan kadang-kadang membuatkan kepala menjadi berat, pernafasan pun menjadi p
ayah sehingga aku terpaksa menarik nafas dalam berulang kali. Aku faham sememangnya setiap orang sememangnya ada masalah...

Aku juga faham yang
Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Tapi terasa sukar untuk mengangkat diri supaya tabah menghadapi cabarannya. Kadangkala bila terasa tersungkur, aku jatuh, tapi bukan senang untuk kuatkan semangat, bangun dan berjuang kembali. Terasa ingin kembali ke zaman kanak-kanak seperti dulu, bergembira dan bermain sahaja tanpa perlu memikirkan macam-macam penyelesaian.


Di depan, aku senyum tapi bila di belakang, bila di rumah sorang-sorang, aku jadi sebaliknya...Bagaimana untuk menjadi tabah sedangkan aku bukanlah orang yang tabah. Banyak kali jatuh dan bangun, bagaimana untuk bertahan sedangkan diri terasa seperti nyawa-nyawa ikan? Hanya Allah yang tahu...

Mudah-mudahan aku dipermudahkan segalanya...Amin

Thursday, October 21, 2010

Awak buat kerja ke melepak?

Salam semua...hari ni mode:rajin sikit. Huhuhu...lebih rajin daripada semalam sebab banyak kerja dapat diselesaikan hari ni. Actually, semalam buat kerja di rumah sahaja, best juga kalau lapar gi je dapur masak. Sebenarnya alasan saja tu; sebenarnya mau tengok Mis Tres Hermanas tu, dah nak abis dah cerita dia...Suka sangat cerita tu sebab ia lebih ke arah kekeluargaan. Hahah...lepas tu, nengok Alisa pulak, pas Alisa, ada lagi cerita Philipine tu pun best...Hahaha...tapi boleh tu baca literature review sambil tengok cerita... Hisy...bahaya bahaya...

Hari ni agak-agak rajin jumpa supervisor tunjuk progress study. Aku dah jani dengan dia akan berjumpa setiap 2 minggu sekali at least, boleh bincang apa-apa benda yang aku tak paham, juga aku boleh juga suggest benda yang perlu untuk selesaikan perkara berbangkit. Dia ok, tapi asik nak puji saja yang research progress aku pantas...Dah la haritu register lambat sebulan, rugi la aku sebulan...

Buat research ni kena kuat, kadang-kadang kita boleh ada mood /idea nak menulis. Kalau time blank tu, minta mahap, perah otak macammana pun takkan keluar idea tu. Kadang-kadang kita kena juga brain storm dengan kawan-kawan kan...erm kan best kalau ada research group. Nasib baik ada kawan yang buat research yang lebih kurang sama, so rasa bengap sangat jumpa je dengan dia. Yang tak tahan tu kalau dia dah buat macam2 kita pula jadi psycho...huhuhu

Apa-apa pun, hari ni aku rasa berjaya juga menempuhi satu hari ni, aku dah mula menulis. Sebelum ni aku baca semua artikel dan masukkan main point ke dalam jadual. Tapi nampaknya tak organised lagi filing aku, yang sudah semestinya perlu dibereskan...aku juga belajar dari kesilapan masa lampau, kini aku telah menulis diari harian especially for thesis.

Tak tau la kenapa, tadi tengahari dah makan, ajak kawan sekali temankan. Tadi pukul 3 ptg perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Aku pujuk-pujuk perut juga, tak payah la makan, last-last terpaksalah aku mengikut kata perut aku makan wafer kat luar tu...pas makan dah kenyang, tapi ni baru sejam berlalu, aku lapar lagi...Aduh...kacau sungguh huhuhu....

Ok la, aku nak sabarkan perut ni, jangan mo melantak saja...buat kerja sana lagi bagus...

Thursday, October 14, 2010

Suka lupa, tanda nak tua ke???

Dalam hati berkata sendiri 'Esok nak hantar surat perjanjian untuk buat duty stamp; 4 surat perjanjian-checked, borang-borang berkaitan-checked, pen dakwat basah-checked,pen hitam biasa-checked...ok cukup...semua dah masuk beg...tido'

Esoknya, awal-awal pagi lagi aku pergi ke LHDN di Jalan Kampung Attap, pukul 8 pagi. Awal-awal lagi memang syok sebab tak ramai orang pun.

Turun je dari LHDN tu tangan sibuk meramas-ramas beg, carik pen dakwat basah untuk isikan tarikh buat duty stamp tu. Partition dalam beg tu banyak, hisy, benda macam ni la buat aku malas nak beli beg banyak partition, better satu je pun dah cukup. Kengkadang mencari purse atau handphone pun amik masa yang lama...huhuhu...ok, berbalik kepada cerita tadi, pen dakwat basah aku baru beli tu takde pun dalam beg...dah hilang!!!

Singgah la aku di stationary shop beli lagi pen tu buat sekian kalinya. Pas isi tarikh kat borang tu, aku belek-belek borang-borang tu pula. Nak make sure yang semuanya ada sebab aku rancang nak terus submit je terus borang tu. Boleh dapat duit cepat...huhuhu...Sekali, baru perasan ada satu borang takde, sebenarnya borang tu ada 2 copy, di tangan aku tu cuma ada satu copy je... tertinggal kat rumah pulak...tension juga sebab semalam dah ensure benda tu dah masuk dalam beg. Dalam kepanikan tu, macam-macam la terpikir apa perlu dibuat.

1. Balik dulu, amik borang tu, atau
2. Borang tu aku fotostat balik, liquid yang aku dah isi pas tu fotostat balik, baru isi borang tu
balik..

Masa tu la aku terpikir, kadang-kadang benda macam ni simple je, aku dah recheck balik untuk make sure memang kesemua borang dah ada, tapi still ada lagi yang tertinggal. Aku dah cek balik juga pasal pen tu, pun dah hilang sampai terpaksa beli balik pen tu...terpikir lagi macam-macam la dugaan nak dapat duit ni...huhuhu

Last-last, aku amik keputusan seperti yang nombor 2 tu, aduh...sebelum nak hantar aku pergi pula ke kedai fotostat...aku buat benda yang tak sepatutnya aku buat...nak buat cemana? Tapi takde la aku liquid, aku cuma tekap balik je tulisan aku tu balik. Bila dah hantar borang tu, baru rasa lega yang teramat sangat...

Balik rumah, pen tu memang dah hilang, tapi borang tu ada atas lantai...sabo je la...macammana la boleh tertinggal pula, padahal semalam dah cek....

Nampak sangatla yang aku ni pelupa tahap cipan...Lain kali kena recheck la dua tiga kali pas ni...

Wednesday, October 13, 2010

Apa khabar kamu di sana?

Kembali bergelar pelajar balik...macam tak percaya je tak sempat berenjoy tak payah belajar sekarang kena bergelumang kembali dengan pembacaan journal dan buku-buku...Baru je aritu beli buku-buku cerita, banyak...lebih 7biji novel, dah la tu tebal-tebal pulak tu..semangat nak membaca ada, cuma belum berkemampuan sahaja membacanya...

Ape nak cerita ya...al kisahnya, kekurangan idea untuk penulisan literature review ni, tidaklah diketahui bagaimana terbukanya pintu hati hamba untuk membuka blog yang sudah bersawang ini kembali. Nak sapu-sapu sawang dan habuk kat blog ni pun bukannya senang, kena belajar balik cemana nak cari dinding yang cantik sket, nak susun kerusi dan meja yang dah bersepah ni satu hal pulak...huhu...ape la sempat lagi daku merepek...

Kawan-kawan semua,
mesti sudah ramai antara kalian yang tidak meneruskan penulisan di blog lagi ye tak? Nape ye, bila torai bukak some of the blog kat bloglist saya ni tak dapat dibuka...urm...mungkin ramai yang dah berenti menulis dalam blog kut...tengok blog luffly pun dah retired lama dah...kak lin, kak iina, kak tiny dan ida yang masih lagi meneruskan perjuangan dalam berblog...

Aku sudah kembali...Apa khabar kalian di sana?

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com