Music

Sunday, November 30, 2008

Ahad yang membosankan...

Duduk rumah sorang-sorang ni memang agak membosankan juga. Pusing kiri pusing kanan sama je. Nak tido dah tak biasa tido siang jadi buka tv pula. Buka tv cari channel best tak de juga. Cite Hindustan pun tak berapa best nengok sebab tak de sub title, bukannya paham pon. Hmm last-last tukar lagi channel lain...

Lapar-lapar gi dapur carik makanan. Tak de idea nak makan apa...nak masak nasi tak de kawan nak makan jadi tak bersemangat la pula. Last-last aku wat roti capati. Bukan pakai tepung capati tau, tapi pakai tepung biasa je, campurkan marjerin sket dan air. Aku canai jadilah macam capati. tapi sori la aku tadek kamera jadi tak ble tunjuk kat korang camane rupa roti capati aku tu...pastu aku buat kari ayam...Aku ambil bawang dan halia dan kedua-duanya ditumbuk lumat. Ayam aku potong kecik-kecik...debush...campakkan aje ke dalam kuali...siap...boleh la untuk makan seorang...

Sambil-sambil tengok CSI tu aku makan capati cecah kari ayam..Hmm...sedap juga...perut pun kenyang dah..tapi dah habis CSI tu pun aku cari-cari lagi channel yang best. Tak de la pula cerita yang best hari ni.

Baru je terima phone call dari ayah di Mekah. Mereka sihat-sihat walafiat aje, syukur alhamdulillah. Ramai orang meninggal di Mekah, ibu cerita. Ada yang meninggal di tengah jalan dan juga dalam lif. Ibu cerita juga pasal buah zuriat yang ibu belikan untukku...Buah zuriat berasal dari pokok koka, yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s. Buah zuriat tu ibu beli di Madinah, kebetulan ada orang jual buah tersebut di hotel tempat ibu dan ayah menginap. Tak sabar-sabar juga nak berubat dengan buah itu. Apa-apa pun kita hanya berusaha kan, selebihkan Allah yang tentukan. Lepas tu aku pula cerita tentang kehidupan di rumah. Aku ceritakan juga tentang kehidupan di hari Ahad yang membosankan. Hah...

Ok la kawan-kawan...nak buat milo pula, kita minum dulu!!!

Tuesday, November 25, 2008

Kenangan dahulu

Lagu ini membuatkan aku teringat kembali suatu masa yang membuatkan otakku cramp dan jam...Hari ini melalui Youtube, mendengarkan lagu ini membuatkan fikiranku menerawang ke sana...Jadi aku mengambil keputusan untuk menulis rasa ini ke dalam blog.

Tiba-tiba sahaja suatu imej terdetik di fikiranku. Suatu ketika dahulu aku melanjutkan pelajaran secara penyelidikan. Jadi kami telah disediakan bilik yang setiapnya telah dibuat partition. Aku teringat lagi setiap pagi pukul 7 lagi aku akan keluar dari rumah ke masters room (MR) dan aku akan duduk di sana menjalankan kajianku. Masa itu aku dapat rasakan bahawa aku ada dua dunia sahaja, rumah dan MRku sahaja. Tapi memang ada waktu-waktu otakku ter'stuck' untuk membuat kerja, aku akan membuka Youtube untuk menghilangkan rasa tension di kepala. Dan mendengarkan lagu ini membuatkan aku terasa seperti berada di atas kerusiku kembali...



Aku terbayang lagi betapa seronoknya waktu itu, terutama sekali apabila aku berjaya menyelesaikan suatu permasalahan. Terasa suatu kepuasan menyelinap masuk ke hatiku. Pelbagai suka duka dan pahit manis kutempuhi pada waktu itu. Pengalaman ini memang sangat-sangat berbeza dengan pengalamanku ketika mengambil 1st degree dulu. Ye la. Environment yang berbeza semasa mengambil 1st degree itu termasuklah belajar seperti biasa, tak tahu boleh tanya lecturer, dengan adanya kawan-kawan etc. Tapi belajar secara penyelidikan sangat berbeza, kerana kita akan bersendirian membuat kerja tersebut. Pressure sorang-sorang apabila berhadapan dengan permasalahan yang tidak dapat diselesaikan. Jadi, cari supervisor yang betul-betul berada dalam bidang kajian yang kita buat.

Ini bukanlah bermakna yang pembelajaranku akan terhenti sampai sini sahaja. Aku cuma memerlukan masa yang lebih untuk tempoh bertenang untuk melanjutkan pengajian...Rasa penat masih lagi terasa.

Paling best...

Aku suka betul dengan tarian diorang (Lisda dan Fauzi) ni...inilah satu-satunya favourite aku compared dengan yang lain... Walaupun dah tengok berkali-kali tapi aku suka!!So i just attached here ok...

Saturday, November 15, 2008

Penanaman Cendawan di Rumah

Cendawan yang ditanam di rumah telah bercambah satu demi satu botol...oleh kerana cendawan ni adalah foveorite, selalunya kitorang membeli sahaja cendawan, agak mahal dah sekarang sehingga RM18 sekilo...kali ini, dengan penanaman cendawan ini, kitrang tidak perlu lagi membeli sebaliknya perlu menuai cendawan tersebut di belakang rumah sahaja. Penanaman cendawan ini tidaklah memakan masa yang lama...you all tengok gambar-gambar cendawan di bawah...sekarang, masak apa-apa pun dicampurkan dengan cendawan termasuk membuat cengkodok...huhu...sedap ooo...Nanti dah puas makan karang barulah jual ke pasar...dalam perancangan lagi...Benda ni tak perlukan ruang yang besar, jadi kalau kawasan rumah kecil pun boleh juga, itupun kalau korang berminat...


Botol-botol cendawan ni...


Ayoo...bestnya tengok die dah kerinting-kerinting tuh...


Ni satu botol je tapi percambahan cendawan tu banyak...


Ni masa die kecik lagi ni...

Wednesday, November 12, 2008

Potong Kuku?

Masalah memotong kuku adalah apabila kuku diketip, kuku tersebut akan bersepah. Ada orang akan memotong kuku di luar rumah (adik aku), berdiri di atas tong sampah (aku ler tu), letak tisu sebagai pelapik (aku gaks) tapi ni ada cara mudah.

Boleh tengok di sini cara memotong kuku tanpa bimbang ia bersepah dan tak perlu lagi mengutipnya satu-satu.



Cakap pasal potong kuku ni,

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Datuk Shah Rukh Khan


Amboi, persediaan yang besar diadakan untuk menyambut kedatangan Shah Rukh Khan dan rombongan ke Malaysia. Anda boleh baca di sini.

Terpulanglah labu. Orang kondem pun tak ada gunanya, bukannya diorang ambilkira pun. Penat mulut dan penat menaip je. Huhu...

Dah tonton filem James Bond: Quantum of Solace?

Minggu lepas baru tengok cerita Quantum Of Solace. Kepada mereka yang ingin ke pawagam, silalah menonton filem ini, itupun jika anda masih lagi belum menontonnya.

FILEM James Bond terbaru, Quantum of Solace, memecahkan jualan satu hari box office Britain dengan meraih AS$9.6 juta ($14.1 juta) pada hari pertama tayangannya.

Ceritanya begini: James Bond ke Amerika Selatan untuk menghentikan pengganas yang cuba mengawal sumber-sumber asli yang berharga. Pada masa yang sama, ejen tersebut berusaha mencari jawapan mengapa wanita yang beliau cintai dalam Casino Royale, Vesper Lynd, berpaling tadah terhadapnya.


Konsep lebih kurang sama, tembak menembak, menghancurkan cereta-kereta mewah, perlumbaan bot, kapal terbang, dll, scene yang cukup laju, sampai tak cukup mata aku untuk mengejar setiap scene filem tersebut. Seriau aku menonton adegan-adegan tersebut. Heroin-heroin sebelum ini memainkan peranan yang cukup besar, tetapi kali ini heroinnya muncul pada waktu-waktu tertentu je. MI6 telah direka semula seperti gajet baru.

Kali ini tidak ada kata-kata wajib oleh James Bond berdepan dengan lawan dalam setiap filem ialah cara memperkenalkan dirinya yang unik, berbunyi:

"My name is Bond, James Bond"

Padahal pada filem-filem lepas, kata-kata unik ini mampu membuatkan penonton teruja.

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com