Music

Wednesday, February 4, 2009

Bermulalah episod baru

Bekerja di sini segala-galanya baru bagi aku. Pertamanya, di ofis lama aku takde punch card, kat sini ada, kalau kat sana, nak kuar pun sesuka hati aku jer, tapi kat sini kena guna kad. So, kat sini aku jadi lebih berdisiplin dengan kerja.

Perbezaan yang lain, kat opis lama aku sumenye orang Cina, tapi kat opis ni sumenye Melayu, kecuali bos je orang Cina. Jadi memang la environment kerja tu lain sangat. Kalau orang Cina ni time kerja tu senyap je, tapi kalau orang Melayu ni, taim kerja ni ada je suara-suara orang berborak sambil membuat kerja...korang jangan marah yer, ni hasil daripada pemerhatian yang telah aku jalankan sejak beberapa hari bekerja di sini.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana tidak menanam anggur lama, ni dah kerja ni senang la aku sebab kalau guna duit sendiri nak berbelanja pun bebas je, kalau guna duit suami pula rasa tak best, rasa bersalah je...ye la, kesian dia cari duit then kita tak boleh la spend sesuka hati. Bagaimanapun, aku tetap berbelanja dengan berhemah, apa lagi dengan kegawatan dan keadaan kami yang baru nak memulakan hidup baru di tempat baru.

Malam ni hubby ajak untuk menonton cerita Ong Bak, die kata best. Aku kurang sket la kalau nak tengok cerita ala-ala bergaduh ni, abis cerita tu mungkin dalam kul 11 pm. Tak pe la, hentam je la aku tidur kat panggung wayang tuh...hehehe...

Ok la...nak mula kerja dah ni...dah kul berapa dah ni...pasal upload gambar tu still tak sempat lagi nak satukan gambar-gambar tu dalam satu image...tengok la sabtu ni kut. InsyaAllah...ok guys, selamat bekerja semua...

9 comments:

@e_da said...

Selamat bekerja di tempat baru..... ida dulu pun penah keje kat opis cina.. memg senyap. borak pun hal keje je... berhenti keje pun waktu bebtul nak lunch... kalo tak keje, keje, keje mmg tak dapek nak ngulor langsung..

yani_worldpeace said...

betul la eida...ni pun sakit telinga ni diorang duk berborak2...nak wat cemana kita baru lagi kan...

tapi kalau taim keje ngan cina dulu selalu ngantuk pula...sebab senyap sunyi kan...hehehe...

pink_butterfly said...

best3...

julietchun said...

Suasana baru, kawan baru, bos baru, semua baru yer.Suka ber gossip tu mmg takleh nak di pisahkan dah dari org melayu, bkn pompuan je, lelaki pun sama,hahahah.

Adam said...

visit my friends site n drop some comment for him/her

http://siongberantai.blogspot.com

thank you .. =)

yani_worldpeace said...

pink_butterfly : dok la best pon...

----------

julietchun : betul sangat-sangat...dah la ramai staff ni, membuat ketupat dah dengar dah sejak 1st masuk opis nih...

Sifu Mirza said...

slamat berhenti dari menanam anggur yanni...

:-)

alhamdulillah... rezqi awak sekeluarga sentiasa dipermudahkan...

:-)

a.b geldofg said...

si selamat je bkerja....ko tk kerja?

eiyda said...

Selamat bekerja di tempat baru yani..syukurlah tak lama menanam anggur..kira murah rezeki dah tu..congrats dan semoga ceria2 selalu..;)

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com