Music

Wednesday, January 7, 2009

Menjawab tag lagi

Oleh kerana takde idea nak menulis jadi arini nak menjawab tag la...Dua tag dicombine dalam satu entri ok kan???Waving

Tag 1 : dari eiyda dan bb

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.Add Image
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag

b) 10 fakta/hobi aku....

Fakta atau hobi yer...ni memang mengambil masa agak lama untuk menganalisis diri sendiri...

1) anak sulung daripada empat orang adik beradik

2) suka tengok cerita hantu dan misteri...ANNOUNCEMENT! siapa nak gi nengok wayang cite antu sila ajak aku okeh!!!

3) suka kepada alam semulajadi, suka jalan2 di kaki gunung, air terjun, tepi pantai

4) tak suka bershopping. Laki aku lagi terror dalam bab-bab bershopping ni dari aku...tapi kalau nak beli something tu, sanggup pusing-pusing shopping complex, sanggup lak tu tak yah beli pape kalau benda tu tak dapat dijumpai, heh, penat je sesiapa yang nak menemani aku bershopping la..

5) sensitif dan suka study pasal something, tak kirala analyse perangai orang ke atau nampak benda pelik-pelik ke, pastu aku try to imagine. Contohnya perkataan bubut...perkataan ni adalah slang sabah bermaksud kejar, tapi perkataan tu macam pelik jer aku nengok...heh...BUBUT...cemana diorang ble create perkataan tersebut belum lagi aku dapat pastikan...Ignoring You

6) suke nengok cite Hindustan, especially yang sedih-sedih, pastu nangis...hah...untuk release tension...

7) tak suka mimpi pasal seseorang tuh, buat aku terfikir-fikir je

8) suka makan macdonalds especially prosperity burger...tapi tatau la sekarang ni kan tengah panas isu boikot...jadi aku tak jadik nak menjamah lagi burger favourite aku nih...

9) Aku suka berfikir semua probs sekaligus, jadi aku mudah migrain, ada orang tu selalu nasihatkan aku supaya fikir satu-satu, jadi tak semak kepala hotak nih..

10) aku tak suka lipat kain. kalau jadi tukang cuci tu senang je, masuk je kain-kain tu dalam washing machine dan jemur, tapi tang lipat kain tuh, alahai, kalau boleh sume aku nak sangkut je..

c) 10 org yg bertuah

Erm...nak tag ke ye???Okeh la, kite senaraikan kat bawah ni yer...kalau dah penah jawab takyah la ok bebeh...

1) Ros
2) Eiyda
3) Tera
4) SriSufi
5) Misya
6) Yan
7) rama-rama
8-10) sesapa nak jawab tag nih...


Tag 2 : Juga dari bb

1. Pernah menyambut tahun baru?
pernah jugak la...

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
di klcc, dataran shah alam dan di rumah

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
bangun awal dan berfikir tentang azam baru

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
erm..sedih sebab usia pun dah meningkat, dan juga beberapa impian yang ingin dicapai terpaksa diextend ke tahun depan...

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
percaya, yang penting usaha dan tawakal...

6. Senaraikan 3 orang yang ingin anda dekati tahun baru neh
mana ble bgtau...malula...

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh
satu jer, orang yang suka cakap ikut sedap mulut

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
ada...

9. Azam anda tahun lepas (2008)
ada yang dapat dicapai dan ada yang tidak berjaya

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )
semoga dapat dicapai sebaiknya, Amin

11. Senaraikan 7 org penerima hadiah tag ini

sama seperti di atas, ada ok kengkawan???

1) Ros
2) Eiyda
3) Tera
4) SriSufi
5) Misya
6) Yan
7) rama-rama

Yeyeh...dah abis jawab dah..takde hutang tag lagi...Bouncy 3

8 comments:

Adam said...

naseb bek nama daku takde .. heheheheheh! ;p

Yanmie said...

salam..

ihik..utk award yg bertag tu yan dh penah buat..jwpan ada kat sini.. http://www.coklatstrawberry9.com/2009/01/menjawab-2-tag.html

untuk tag ke dua tu yani berjaya mengetag yan..ehehhe..akhirnya berjaya jua ye..ok nnti yan jwb k..

SRISUFI said...

salam

aduhai kijam sungguh dirimu wahai yanie....

sampai 2 sekali hang tembak sri ek....ok takpe2 ,...

nanti sri jwb gak...

maka rasminya bertambahlah hutang tag aku....

@e_da said...

tq yani .. senang aje kan... heheh

MiSyaJanah said...

waduhhhhhhhhhh.....yani....hahahhaa....mcm ada beberapa persamaan kita..muahahahaha.....tapi, ada jg yg tidak sama...aku tidak suka tgk ceta antu sbb aku penakut!! hahahaha...

bah..nnti aku jwb sok k bebeh.....

~ mizzAmy ~ said...

~ nasib baik nama ku tak dek. punya la panjang tag tuh. rajin betul menjawab tag ekh? ~

eiyda said...

Alamak yani..2 tag sekali kena? waduh2..pusing kepala gue..tp takpe nasib baik ada award tu...hehhe..nanti ada masa eiyda jawab..k..tq

ckLah @xiiinam said...

kita serupa...
tak suka 'soping'..
he...he..

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com