Music

Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru Menjelma Lagi


Berlalu sudah 1 Muharram dan kurang 24 jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Bagai sekejap sehaja masa berlalu meninggalkan kita...teringat pula dengan lagu Demi Masa (Raihan)... Azam tahun ni dah tercapai ke? Kalau dah tercapai, Alhamdulillah...kalau belum, nampaknya kenalah diextendkan ke tahun depan pulak...walaupun sedih, tapi kenalah berusaha keras lagi dan bertawakal...semoga tahun 2009 ni adalah tahun yang bertuah untukku dan segala impian yang ingin kukecap akan menjadi kenyataan...Amin...

Sebelum menjelangnya tahun baru ini sebaiknya kita merenungkan kesalahan yang telah dilakukan pada tahun ini dan list satu-satu apa yang akan aku capai pada tahun depan...Aku juga turut melistkan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini supaya aku tidak lagi lakukan pada masa akan datang...Nak buat macammanakan? Sebenarnya kesilapan kita lakukan pada masa silam akan lebih mematangkan kita...dan ia boleh dijadikan panduan supaya kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

Tahun depan bermakna umurku akan bertambah satu angka lagi...nampaknya agak lama sudah aku telah hidup di atas muka bumi ini, melebihi suku abad dah...hah...


Ni adalah kad-kad yang diberikan oleh teman-teman blogger...

kad dari tera


Kad ni dari eida

kad ni dari yan

dari SriSufi


Terima kasih kengkawan di atas persahabatan maya yang terjalin ini...Terimalah kad di atas sebagai tanda ingatan dariku buatmu...cewahhh...Blowing Kisses
.
.
.
.
.

Kepada kengkawan sekalian ble share impian yang terpaksa diextendkan ke tahun depan???

Selamat Tinggal 2008 - Selamat Datang 2009!!!

Tuesday, December 30, 2008

Jangan!!! Aku telah diraba!!!

Hah, boleh ke aku cite ni pasal 18sx nih???Heheh...

Semalam ada kenduri di rumah pakcik, kitorang yang ala-ala 'bujang-bujangan' ni berborak-borak la sesama cousin kan, lama dah tak jupe...tangan aku mula pantas mengambil bantal untuk diletakkan di kepalaku...ala-ala berbaring gitu...tak malu kan, terbaring-baring di rumah orang...SmileyCentral.com

Pas tu, tetiba je segerombolan budak-budak berlari keluar dari bilik. Aku terkejut, diorang sume menjerit 'ah..jangan!!!' lagi aku kepelikan sebentar...tetiba, datang si 'si abg aidil' ni, tangannya pantas 'pap'! SmileyCentral.com Terkejut aku...dalam hati 'alamak, aku telah diraba!!!' laju gila pergerakan dia. Lepas dirabanya aku, dia pantas mencari lagi mangsa lain...cousin aku yang berumur 3,4 tahun pun menjadi mangsa. Budak-budak ni berlari-larian la, takut diraba. Lepas tu, weena, cousin aku (umur 10) yang juga bermain-main dengan si 'abg aidil' ni pantas memberitahuku, yang si 'abg aidil' ni nak meraba semua orang yang ada 'tut' (perlukah aku terangkan? adehh). Terkejut aku. Pas tu, siap cakap lagi, 'abg aidil nak tidur dan pegang 'tut' ibu anie, tapi kalau ada ayah weena tak nak lah'. Amboi, biar betul abg aidil nih...

Pernah sekali si abg aidil ni mencium bibir dan meraba 'tut' cousin yang muda setahun darinya, wana. Lepas tu apalagi, ibu wana ni marahlah, dia cakap 'nasib baik la anak makcik juga kalau tak memang dia dah tampar dah budak tuh'.

Untuk pengetahuan, abg aidil ni berumur 4 tahun tapi nakalnya, ya Allah.. tak tahulah kenapa dia se'excited' sebegitu untuk bermain permainan cam gini...Dalam hati aku, budak ni memang bahaya dan tak boleh dibiarkan...Tapi untuk pengetahuan korang semua, si abg aidil ni masih lagi menyusu badan. Walau macammana pun, ni la first time aku terjumpa budak sebegini...SmileyCentral.com

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430


Buat semua yang mengenaliku, tidak kira bloglist, followers, atau mereka yang juga datang mengunjungi tanpa meninggalkan jejak, kuucapkan Salam Maal Hijrah 1430. Inilah masa untuk kita muhasabah diri dan mengimbas kembali bagaimana kita manghabiskan setahun yang telah berlalu itu...Semoga di tahun baru ini kita menjadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Sesungguhnya Allah akan mengubah nasib kita sekiranya kita berusaha untuk mengubahnya.

Boleh klik di sini dan sini untuk kita sama-sama menambahkan ilmu tentang bulan Muharram ini...

Ni kad yang diterima sempena Maal Hijrah 1430

kad ni daripada Yan...pandai kawanku seorang ni mendesign kad yer

Ni daripada Luth...sekarang ni jadi drebar terhormat kat umah ler...dah abis exam kan...

Saturday, December 27, 2008

Ole-ole dari Mekah

Entri kali ni aku nak tunjuk ole-ole yang aku dapat. Gambar di bawah ni aku snap pada hari yang sama ibu ayah baru balik dari Haji...inai tu cousin aku tu yang buat, die terror bab-bab mengukir nih, ye la die kan mak andam...sesiapa yang nak kawen tu boleh contact aku yer nanti aku kenalkan dengan cousin aku nih...opps..promotion la pulak... Tu close up ke cincin (emas tak ori) delima(ori) aku tuh...hehehe...


Cuba korang teka mana satu tangan aku??? Yang gemuk ke yang kurus??? Yang paling putih ke paling hitam??? Nampak cam sama la pulak kan...Ha, tangan yang di tengah tu la tangan aku tu. Yang paling putih tuh...hehe...


ekceli, cincin berbatu merah tu bukannya cincin betul tuh, 'tiruan bang' (bak kata aw yang nak ngorat si Mr Os tuh)...ekekek...yang ori cuma delima jer...haha...nanti bila aku banyak duit karang baru nak transfer batu delima tu ke cincin betul... Yang kat jari hantu tu adalah cincin batu koka, laki aku nye sebenarnya, saja je nak tunjuk, pas tu aku dapat jam dan gelang. Yang color coklat tu gelang berbatukan koka...Ehh...gelang putih aku tu terlupa nak snap la pulak...

Erm, yang lelain tu, aku dapat baju, surma (eyeliner) etc...malas la nak tunjuk...Tu je la dulu...kalau terkeluar idea bernas aku kang aku post lagi yer...

Wednesday, December 24, 2008

Keinsafan

Sori la oleh kerana kebizian tahap cipan dek kehadiran ramai sanak saudara yang datang untuk menziarahi ibu dan ayah, jadi aku tidak sempat untuk meng'publish' entri ni lebih awal.

Satu hari yang seronok sebab ibu dan ayah selamat kembali dari Mekah...syukur alhamdulillah...Pelbagai jenis ujian yang mereka ceritakan semasa berada di tanah suci yang membuatkan aku insaf dan di sini aku nak share something untuk peringatan bersama.

Bukan untuk menceritakan keaiban orang tapi untuk pengajaran kepada kita semua. Ramai gak orang yang sesampai je di Madinah, merayu-rayu minta dibawa pulang. Tak tau la kenapa mereka jadi seperti tidak tentu arah, menyelongkar barang-barang jemaah lain dan menjerit-jerit. Sesampai sahaja di airport Madinah, ada juga orang yang bergendang-gendang pula. Apakah yang tersirat di sini? Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu.

Satu lagi, iaitu apabila azan berkumandang, semua kedai-kedai di situ akan menutup kedai mereka menggunakan tabir dan mereka akan terus bersembahyang tanpa bertangguh. Memang satu keinsafan buat kita (aku juga ingatkan untuk diriku sendiri) betapa mereka tidak mempunyai sikap untuk menangguhkan solat...Astaghafirullah...

Sori la kengkawan, aku tengah ketandusan ilham nak tulis lagi...ntah la kenapa kepala ni tadek idea nak tulis apa...apa apa pun, nanti aku update lagi k...SmileyCentral.com

Menjawab tag dan award dari Misya

Misya telah memberikan saman sebanyak dua tag untuk aku jawab...Aku masukkan kedua-dua jawapan la untuk post ni okeh...

Tag 1

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
~ Family of course

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
~ jap ah...kena pikir dulu ni??? hmm...rahsia la..maluCover Up

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
~ di rumah jak laa...

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
~ selama-lamanya...

5. Adakah anda dilamun cinta?
~ yup

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
~ ha..ni susah la mo cakap, kena pikir dulu...jarang la makan di luar
nih...hmm...Pizza Hut di KK

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
~ buku terakhir???Majalah boleh tak? Majalah Wanita

8. Apakah nama penuh kamu?
~ panggil yani jer laa...:)

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
~ dua-dua la...

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
~ siapa ya? aku nak berjumpa dengan Dr Mahathir boleh tak???

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu? ( in no particular order )
1..Kak Wan
2. Ibal
3. Nozie
4. Jaz
5. Jan
6. Liza
7. Ita
8. Rabi

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
~ idak la...washing machine la yang basuh...hehe

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
~ mo gi bercuti lagi, gi kaki gunung...pas tu nak gi langkawi...dah lama tak bercuti nih...hurm...balik-balik gi langkawi tu best tul...

14. Pelukan atau ciuman?
~ Miss my hubby la...bila la nak jupe balik nih???

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
a. nama panggilan Misya
b. berumur 26 thn. betul ka?
c. keja di labuan tapi urang kk...betul ka? kk bahagian mana ye?
d. unpredictable??? she said that...
e. cute and adorable...

16. 8 perkara yang amat saya gilai
~ travel dan bercuti. beshnya bila la mo jenjalan nih...
~ baca novel yang besh (yang tak besh dikecualikan)
~ nengok wayang - specially cite antu dan ganas...budak-budak tak bole bawa
dikhuatiri menangis dan takut..huhuhu
~ baca resepi n apply...latest hobi nih...
~ makan...kalau duduk depan tv keja mengunyah jak...hehehe...
~ tepon hubby
~ mandi di kolam air panas...
~ apa lagi ye??hurmmmm...

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
1. Eiii..
2. e'eleh
3. Malas la…
4. Kurang asam betul…
5. Sabar jak…
6. Ya ka??
7. ala...
8. Hish…

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca
1. Buku karya ...... 'Kalau itu takdirnya'...menangis terguling-guling aku
membacanya...
2. Harry Porter - still in progress
3. Majalah Pengantin
4. Majalah Wanita
5. Introduction to Remote Sensing

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
1. Siti Nurhaliza - Wanita
2. Kelly Clarkson - Because of You
3. Pussycat Dolls - Buttons
4. Britney - Sometimes
5. Rossa - Wanita yang kau pilih
6. Irwanshah - Heart
7. Full House - I think I love you
8. lagu-lagu hindustan yang besh...

20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
1. Belajar untuk bersabar kalau belum lagi mendapat apa yang diinginkan
2. Belajar untuk terus berusaha menuju kejayaan
3. Ignore je apa cakap-cakap orang pasal kita...biar sampai terkoyak mult diorang
tuh...
4. jangan la terlampau berbaik dengan orang, karang di'ngap' nya kita pulak
5. tepati janji
6. belajar control diri
7. biarlah rahsia

21. 5 orang utk di tag

Nak stop sampai sini jer la...bloggers pun dah mula nak bercuti balik kampung...bz bercuti la katakan...so kite tak nak la mengetag buat masa nih...



Tag 2
~~~~~~~Your name/surname:


~~~~Right handed or Left handed?


~~~ Fave letter to write:



aku sukakan "S" sebab ia bermaksud success dalam segala bidang yang aku ceburi...Gambatte!!

~~~ Least fave letter to write:

"Q" itu unik dan ada style...Urm...

Write "The quick brown fox jumps over the lazy dogs"..Ni lah tulisan aku...Hmm...aku kurang juga menggunakan tangan untuk menulis dan selalu menggunakan keyboard je...tulisan aku ni kengkadang tersenget-senget, pas tu kena ikut juga tuh, taim besa-besa tu ok la, tapi taim dalam sejuk yang menggigil tu, tulisan aku boleh ter'jam'sekejap...terasa macam tak reti menulis pun ada gaks...pastu kan, aku perlu ada alas kat bawah kertas tu...hurm....panjang lak penerangan pasal tulisan aku ni yerk...

Who to tag : sama seperti jawapan di atas...

jadi mISya, diharap berpuas hati dengan jawapan tag ni yer...


Award dari mISya






Wah...aku dapat award lagi "Award Paling Sporting 2008/2009" daripada mISya . Award ini diterima sebab cik mISya mengatakan bahawa aku ni sangat-sangat la sporting...dan sentiasa memberikan tindakbalas or respon kepada hasil2 karya atau entry blogger2 yang lain. wah... bestnya mISya...SmileyCentral.comtengok ni aku gelak dah tergolek-golek dah...heheh...

Tuesday, December 23, 2008

Mere mood nahe hai


Arini takde mood nak keje...aik...nak keje pun boley takde mood ke???ekekek...entahla, tapi terasa badan aku sakit-sakit, lenguh-lenguh tahap cipan...kepala aku pun berdenyut-denyut, membuatkan aku rasa malas untuk berfikir...pinggang aku pun sakit-sakit, mungkin sebab keje aku duduk menghadap komputer je kut...mata aku pun dah berdenyut-denyut...berpinar-pinar...tiba masanya untuk aku tido...haa...tido???tak boleh...hurm ada keje lagi perlu disiapkan nih...dah la esok nak cuti...

Kenapa aku nak cuti? Awal pagi esok, ibu dan ayah akan balik dari haji, so aku sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk stay di rumah, nak masak lagi coz ramai orang akan datang ke rumah nak berjumpa dengan ibu ayah...nak juga membelek gambar-gambar semasa diorang di sana...lagipun, tak sabar nak tengok ole-ole untuk aku...ahaks...ada udang di sebalik mee pulak ye...kuang...kuang...kuang...

Sunday, December 21, 2008

Menjawab tag lagi...

Hurm...nampaknya dah tiga tag aku terima, tapi aku nak jawab dua tag ni dulu, threesome tags...



Tag 1 : Threesome tags dari pink_butterfly

Three Things That Scare Me :

* aku betul-betul tidak boleh tercium bau badan orang yang merokok...boleh pening
dan sesak nafas dibuatnya
* berat badan naik lagi...tetiba je nak kurus balik cam dulu...
* binatang yang melingkar, panjang, dan menggelikan, contohnya pacat, lintah,
cacing, mr snake dan yang seangkatan dengannya.

Three Peoples Who Make Me Laugh :

* orang yang wat kelakar...haha...generally
* orang yang nak wat kelakar lapi tak jadik...
* orang yang gelak dan aku pun gelak jugak bila melihatkan orang tuh gelak
(maksudnya aku gelakkan dia gelak la)

Three Things I Hate :

* bila apa yang aku nak tuh tak dapat
* bila resepi yang nak dibuat tuh tak menjadi
* bila jupe manusia yang tidak menepati janji

Three Things I Don't Understand :

* kenapa aku suka makan coklat
* kenapa aku suka makan aiskrim
* kenapa aku suka makan sume jenis makanan???hahaha

Three Things I'm Doing Right Now :

* menjawab tag nih...
* sambil minum milo kat sebelah nih...
* makan coklat...alamak gemuks la aku ni nanti...

Three Things I Want To Do Before I Die :

* tengok kejayaan keluarga dunia dan akhirat
* dapat menjelajah ke seluruh dunia
* hrmm...ni rahsia ler...

Three Things I Can Do :

* make family proud
* menjadi anak yang baik dan isteri yang solehah...cewah...
* be the best

Three ways To Describe My Personality :

* cepat marah cepat cool
* semangat juang yang tinggi, tapi kalau face something bad, cepat jugak down...
* tidak mudah percaya cakap orang, bagi bukti dulu baru la caya...sesuai jadi csi
nih...

Three Things I Can't Do :

* lompat pagar seba tak penah panjat pagar
* menjahit sebab tak berkesempatan belajar menjahit
* opss...sensitif nih...bak kata siti ~biarlah rahsia~

Three Persons I Want To Tag :

* SriSufi
* Wannz
*sesiapa yang nak menjawab tag tuh...



Tag 2 : Dari Ros


1. Do you think you're hot?
so hot..my hubby la cakap..ekekek..

2. Upload your fave picture of you

3. Why do you like that picture?
cute pic...geram nengoknya

4. When was the last time you ate pizza?
herm last makan pizza aritu masa husben balik sini

5. The last song you listen to?
lagu britney baru tuh...womanizer...attitude sungguh

6. What are you doing right now besides this?
Menjawab tag dengan tekun...heheh...ada lagik nih kena jawab

7. What name you prefer besides yours?
sayang, yani, lyani, kakak, kak, acik yani

8. People to tag:
6 mangsa seterusnya ialah: 1. pink_butterfly 2. Akupentoi 3. mizzamy 4. mISya 5. YanMie
6. sesiapa yang nak menjawab tag nih

9. Who is number one? baru je menceburi bidang blogger...

10. Number three is having relationship with? her boyfriend la...

13. Who is number two? my dearest blogger...

at last, siap jugak tags nih..ada satu lagi kena jawab nih...huhu...
p/s...soalan no 11 dan 12 cam tadek lak...so tak dpt jawab la yee...

Kepada anda sekalian, selamat menjawab tag...

Saturday, December 20, 2008

Happy Birthday to you...

Entri ni sebenarnya backdated dan sepatutnya dipublishkan semalam. Tetapi, oleh kerana aku kena mendesign kad jadi aku post entri ni hari ni...tak pe kan??? walaupun tak lawa...aku tak berapa reti sebenarnya pasal bab design nih...huhu...

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran ayahandaku yang hensem!!! Ayah, walaupun berada jauh di tanah suci tapi kitorang tidak pun lupa yang ari ni ayah nyer birthday... Kali ni ayah meraikan birthday di Mekah, mesti lagi bemakna kan...

Semalam 19 Disember 2008 genap umur ayah 59 tahun...hurm...semoga ayah sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. Ni adalah kad yang kubuat khas untuk ayah...ok la kan, saya kan budak baru belajar...ahaks...



Pada hari ini juga, 20 Disember 08 adalah birthday salah seorang blogger yang mempunyai beberapa persamaan denganku, iaitu asal dari Sabah, dan berkahwin juga dengan orang Semenanjung...hehe..iaitu YanMie yang ke 26 tahun...semoga berbahagia di hari lahir ini bersama keluarga tersayang...



silalah menerima gift ni ye..nampak amatur kan???hohoho

Friday, December 19, 2008

Di tag oleh Srisufi...



Tag ni diberikan oleh Srisufi...panjangnya tag-tag ni...adehhh...kena berpikir gak nih...
sebab soalan dier senang je nak menjawab tuh...fuhh...susah gak...anyway, i try my best k sri...

1.What is the relationship of you and him/her?
Hubby

2. Your 5 impressions towards him/her.
impression lak : baik hati, penyayang, concern pasal aku dan ...

3. The most memorable things he/she had done for you.
masa mula-mula approach nak jadik couple, nengok die pemalu sangat, tunduk je ekekek...kelakar...alamak, sori pecah rahsia

4. The most memorable things he/she have said to you?
tak terfikir lagik...

5. If he/she become your lover, you will...
terima dia seadanya

6. If he/she become your enemy, you will..
cannot be...

7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...
tak terfikir pula...

8. If he/she become your enemy, the reason is...
cannot imagine how can i live without him...

9. The most desirable thing to do on him/her is?
saling kompromi between each other

10. The overall impression of him/her is...
baik

11. How do you think the people around you will feel about you?
caring and hardworking

12. The character of you for yourself is?
try to understand on others

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
suka kesian kat orang lain

14. The most ideal person that you wanna be is?
menjadi seorang yang cemerlang dari segala aspek

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
semoga hubungan kita berkekalan

16. Ten people to tag:

1- pink_butterfly 2- Julietchun 3- mizzamy 4- Yanmie 5- Misya
6-Lieze 7. Wannz 8- Dingin 9- Me-Sober 10. sesiapa yang membaca tag ni dan nak menjawabnya

(If u all bz...tak jwb pun takper k..)

17. Who is no. 2 having a relationship with?
tak sempat nak bertanya la pulak...ekekek..

18. Is no. 3 a male or a female?
pompuan ler...

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
sudah semestinya bagusss..

20. How about no. 5 and 8?
cam jawapan no.19

21. What is no. 1 studying about?
agriculture, bakal petani moden..hehe

22. Is no. 4 single?
dah kawen lerr, dah ada anak dah pon...

23. Say something about no. 6
blog die banyak icons yang cute-cute...


<
Ni tag yang kedua dari Srisufi...nasib baik laki tadek di sisi, kalau tak memang tak terjawabla tag ni...panjang lak tuh...

Starting time:
::9:08 p.m::

Name:
::mrs yani::

Sisters:
::yann-at home, keje die blogging ajer tuh..::
::fatin-at home, keje die mengadap frienster je..::

Brothers:
::Nurul-dah keje dah::

Shoe size:
::5/6::

Height:
::157cm ::

Where do u live:
::kk::

Have u ever been on a plane:
::suda semestinya maggi::

Fallen asleep at school:
::mesti la ade....::

Broken someone's heart:
::ada gak..::

Sat by the phone all night waiting for someone to call:
::sebelum tido la, kalau dah tido jangan harap nak angkat...angkat pun mesti tengah mamai tuh...hehehe..::

Saved emails:
::mesti ada..dah berlambak email...sumenye email yang pelik-pelik dan menarik je::

What is your room like:
::bersih::

What's right beside u:
::my drinks::

What is the last thing u ate:
::Nasi + daging masak black pepper + sayur...yum yum...rugi la sape-sape yang tak ble makan kicap tuh...::

Ever had...Chicken pox:
::Penah, nasib baik masa tu tengah cuti...talau tak, adus..malu gak muke penuh berbintat-bintat::

Stitches:
::oh tidak ler::

Broken nose:
::tidak::

Do u believe in love at first sight:
::percaya...::

Like picnics:
::suka la, tapi jarang gak::

Who was/were... The last person u danced with:
::cousins, tarian pocho-pocho gaks, sama macam Srisufi..hehe::

Last made u smile:
::ibu call, duk tak dengar, pastu dengar si fatin terjerit-jerit..hehe..tepon ni memang problem::

Today did u...Talk to someone u like:
::yes, of course::

Get sick:
::ntah la, lately selalu rasa tak sihat la..Pasal cuaca kut::

Miss someone:
::alway misses him::

Who do u really hate:
::ntahla..::

Do u like your hand-writting:
::tak berapa suka la...tulisan pandai berubah depends on jenis pen, situasi masa tu etc..pelik asenya...mungkin sebab jarang menulis kut...duk menekan-nekan papan keyboard je nih....::

Are your toe nails painted:
:: tadek ::

Whose bed other that yours would u rather sleep in:
::katil ibu..::

What color shirt are u wearing now:
::yellow and black color::

Are u a friendly person:
::tgk org gak...::

Do u have any pets:
::tiada LANGSUNG.::

Do u sleep with the TV on:
::tiada::

What are u doing right now:
::tengah tekun menjawab tag nih...::

Can u handle the truth:
::yup::

Are u closer to your mother or father
::rapat::

Do u eat healthy:
::yup...yang penting makanan seimbang::

If u're having a bad day, who are u most likely to go to:
::tidur::

Are u loud or quiet most of the time:
::depends dengan mood::

Are u confident:
::yup...::

5 things I was doing 10 years ago:
::duk di umah nenek lagi, sekolah menengah dan dapat masuk u.::

5 things I would do if I were a billionaire:
::banyak, termasuk membantu orang-orang yang susah...::

5 of my bad habits:
::hurm...tak terfikir lak::

5 places I've lived/living :
::papar, kk, arau, shah alam...::

mangsa seterusnya:

-Luffy - pink_butterfly - tun izyan dalila - muncet - Luth
(kalau rajin boleh la jawab ye, kalau bz takpe)

p/s : sri, dah siap dah tag ni...hah...siap kul 9:43pm...lama gak memerah otak nih...hehehe

Menjawab Tag dari Yan

Hohoho..kali ni Yan telah mengamanahkan aku untuk menjawab tag pasal gambar kawen...sememangnya sekarang ni pun aku ada membawa cd kawen ke opis...cam tau tau jek ye Yan ni...hehe..

1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...

2. Pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri... contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawan baik ker,artis populer ker.. tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...

3. Jangan edit2 tau gambar2 tue.. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5 orang yg anda rasa patut diforwardkan..

Mereka yang di tag adalah seperti di bawah...Silalah menjawab dengan penuh kerajinan ye...

Kak Tera

Sis-Lin

Ros

Yong

Kak ANIe


Thursday, December 18, 2008

Awards

Ni award aku terima daripada pink_butterfly...diforwardkan oleh cik tasya...Kalau nak ushar-ushar, boleh klik kat blogroll di belah kiri nih...

Anugerah ini adalah untuk Blogger-blogger yang sentiasa peka dengan kewujudan blogger yang lain, mesra dengan setiap blogger..Harmoni maksudnya mesra dari segala aspek..disenangi dan disukai semua blogger... hahah...kononnya aku ni di kalangan blogger yang harmoni la nih...



Untuk award yang ke dua ni pulak khas tuk blogger yang berusaha keras memajukan blog diorang dan sentiasa memberikan tutorial dan info-info yang berguna kepada blogger lain..tapi tengok-tengok tadek la pula tutorial yang aku kongsikan dengan readers, hehe...walau bagaimanapun aku tetap bekerja keras memajukan blog aku...hihihi...gemana yah???dengan mendeko rumah aku ni la...hehehe...



Akhir sekali aku telah diamanatkan untuk memanjangkan award nih kat 10 orang blogger lain yang mempunyai ciri2 seperti yang disebutkan kat atas... hasil daripada study yang aku buat semenjak dua menjak ini, penerima anugerah blogger harmoni dan anugerah si bintang 2008/2009 adalahh....

1. azza_irah
2. julietchun
3. kaktiny
4. yanmie
5. srisufi
6. kak iina
7. sis-lin
8. misya
9. sifu mirza
10. kak anie

then boleh forwardkan tag nie kepada 10 orang yg anda rasa patut diforwardkan. Jemputlah mengambilnya, semoga ikatan persahabatan di alam siber ini terus berpanjangan..Amin...

------------------------------------------------------------------------------------------

Ecard ni dari Tera, terima kasih ye sahabat baruku...hehe



Award ni plak dapat dari Ros, juga sahabat baruku di alam maya...Thanks dear...

Tuesday, December 16, 2008

Sedih betol...

Baru je telefon pihak di sana, aku tidak berjaya untuk temuduga...Sedihnya...Frust ada juga...nama aku cuma listed untuk pengambilan akan datang - tahun 2010...panas betul hati aku...untuk menenangkan hatiku hanya mampu berkata 'apa-apapun, mungkin aku tiada rezeki di situ...'

Karenah birokrasi betul-betul melemaskan aku...aku try contact pegawai diorang, kenapa aku tidak dapat langsung untuk panggilan temuduga... diorang cakap course yang aku study dulu tak selari dengan course yang diorang ada...ahh...alasan...ada je course aku di school tu...aku tanya lagi soalan-soalan yang bersarang di kepalaku ketika itu, tanda tak puas hati...last-last, baru dier cakap 'Lagi senang kalau ada orang dalam'. Aduh...geram betul. Kesian la orang yang langsung tak de connected dengan orang dalam, cam aku nih...huhuhu...sedih...

Aku ada cousin yang dapat kerja di P. Salah satu company besar jugak la di Malaysia ni...Tu pun makcik aku yang recommendkan...kebetulan makcik aku ni memang orang besar-besar la kat dalam company tuh...huh...kalau tak, tak de nye die dapat masuk ke dalam company tuh...sekarang ni, bini die pula dah keje sekali ngan die kat company tuh...

Sedihnya dan 'down'nye aku di waktu ini...waaaaaaaaaaaaaaaaaa...




-----------------------------------------------------------------------------------

Saja je nak tambah entry di bawah; pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

Bila Allah cepat makbulkan Doa kita, Maka DIA Menyayangi kita,
Bila DIA Lambat Makbulkan doa kita, DIA Ingin Menguji kita,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doa kita, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untuk kita.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Monday, December 15, 2008

Kelakar

Kisah BENAR ini aku cedok dari email...

Ada seorang staff call LHDN di Terengganu minta Borang B. Seorang kerani LHDN mintalah alamat untuk menghantar borang staff tu.

Kerani : Boleh bagi alamat Encik?
Staff: Hantar ke Ranhill Worley.
Kerani: Ranhill, eja macam mana?
Staff: R for rumah, A for ayam, N for nangka, H for Holland, I for Itik, ( dan seterusnya)
Kerani: Ok, nanti kami hantar ke alamat tu...

Tunggu punya tunggu adalah seminggu. Bila sampai...(sila tengok di bawah...alamat customer)

Friday, December 12, 2008

Jessica Cox : Melangkah Melebihi Kita Yang Normal

Pernah tak dengar tentang Jessica Cox? Walaupun dilahirkan serba kekurangan, namun dia mampu untuk melangkah jauh lebih tinggi daripada manusia normal. Aku senaraikan di sini segala pencapaiannya sepanjang pembacaanku.

1. telah mendapat black belt dalam seni mempertahankan diri Tae-Kwan-Do
2. mendapat lesen memandu biasa
3. mendapat lesen dan juga memandu pesawat persendirian menggunakan kakinya sendiri
4. Jessica dikatakan mencatat nota kuliah dan mampu menaip 25 ayat seminit di papan kekunci komputer
5. dia juga adalah seorang motivator
6. pandai berenang, gimnastik
7. setiap hari dia akan memakai kanta pelekap, pakai mekap, cuci dan sikat rambut dan menyediakan sarapan, semuanya dilakukannya sendiri




Selanjutnya boleh baca di sini

Bila membaca mengenai Jessica Cox, aku tiba-tiba tersedar hanya dengan usaha sehabis baik kita mampu lakukan walau itu mustahil di mata orang lain. Betapa susah payah dia untuk menunjukkan yang dia juga boleh berdiri sendiri, tapi kita sendiri macam mana? Tak payah tengok jauh-jauhlah, ambik je aku sebagai contoh...dah berusaha tapi masih lagi tidak dapat dicapai apa yang diimpikan, rasa down betul. Rasa down tu lah yang membibitkan rasa tidak puas hati dengan tahap diri sendiri. Padahal dah berusaha dah macam-macam untuk mencapai kejayaan. Tapi mungkin usaha yang dilakukan ini belum cukup lagi...Aku perlu berusaha sehabis baik untuk mengecap cita-cita itu...

Motivasi diri memang penting dalam usaha kita menggapai kejayaan. Sememangnya, motivasi bukan sekadar untuk meningkatkan semangat untuk terus berjaya, tetapi juga supaya kita terus memandang ke hadapan dan kita tidak akan ketinggalan di belakang orang lain. Bersyukurlah kepada mereka yang dianugerahkan Allah perjalanan hidup yang mudah. Aku?Aku perlu melalui dahulu pelbagai rintangan dan kesusahan sebelum berjaya.

Aku akui, apabila melihat kejayaan orang lain, terasa iri di hati, masa ni la syaitan akan sentiasa menjengah dan membisikkan suatu yang tidak enak di telingaku ini, Astaghafirullah...walau bagaimanapun akan aku gunakan rasa iri untuk meningkatkan semangat kita...Semoga di suatu hari nanti cita-cita itu akan tergapai juga.

Sekadar Hanya Cetusan is Proudly Powered by Blogger

Sebarang komen layangkan ke pumpkin254[at]gmail.com