Pernah tak dengar tentang Jessica Cox? Walaupun dilahirkan serba kekurangan, namun dia mampu untuk melangkah jauh lebih tinggi daripada manusia normal. Aku senaraikan di sini segala pencapaiannya sepanjang pembacaanku.
1. telah mendapat black belt dalam seni mempertahankan diri Tae-Kwan-Do
2. mendapat lesen memandu biasa
3. mendapat lesen dan juga memandu pesawat persendirian menggunakan kakinya sendiri
4. Jessica dikatakan mencatat nota kuliah dan mampu menaip 25 ayat seminit di papan kekunci komputer
5. dia juga adalah seorang motivator
6. pandai berenang, gimnastik
7. setiap hari dia akan memakai kanta pelekap, pakai mekap, cuci dan sikat rambut dan menyediakan sarapan, semuanya dilakukannya sendiri
Selanjutnya boleh baca di sini
Bila membaca mengenai Jessica Cox, aku tiba-tiba tersedar hanya dengan usaha sehabis baik kita mampu lakukan walau itu mustahil di mata orang lain. Betapa susah payah dia untuk menunjukkan yang dia juga boleh berdiri sendiri, tapi kita sendiri macam mana? Tak payah tengok jauh-jauhlah, ambik je aku sebagai contoh...dah berusaha tapi masih lagi tidak dapat dicapai apa yang diimpikan, rasa down betul. Rasa down tu lah yang membibitkan rasa tidak puas hati dengan tahap diri sendiri. Padahal dah berusaha dah macam-macam untuk mencapai kejayaan. Tapi mungkin usaha yang dilakukan ini belum cukup lagi...Aku perlu berusaha sehabis baik untuk mengecap cita-cita itu...
Motivasi diri memang penting dalam usaha kita menggapai kejayaan. Sememangnya, motivasi bukan sekadar untuk meningkatkan semangat untuk terus berjaya, tetapi juga supaya kita terus memandang ke hadapan dan kita tidak akan ketinggalan di belakang orang lain. Bersyukurlah kepada mereka yang dianugerahkan Allah perjalanan hidup yang mudah. Aku?Aku perlu melalui dahulu pelbagai rintangan dan kesusahan sebelum berjaya.
Aku akui, apabila melihat kejayaan orang lain, terasa iri di hati, masa ni la syaitan akan sentiasa menjengah dan membisikkan suatu yang tidak enak di telingaku ini, Astaghafirullah...walau bagaimanapun akan aku gunakan rasa iri untuk meningkatkan semangat kita...Semoga di suatu hari nanti cita-cita itu akan tergapai juga.
LEMPENG PEKAK CECAH KUAH ASAM PEDAS
21 hours ago
11 comments:
naaa.....aku mcm jeles ni sm dia....waaa...yani, mari kita menginsafi diri sendir betap sempurnya kita kan....huhuh....
Tabahnyer dia jalani idup ni. Kite yg cukup anggota ni pun tak mampu buat cam dia, btl ni cite motivasi.
yanie...best tu,...jom upgrade diri dr manusia biasa jd manusia luar biasa...(camner tu ek?)
Insyallah.. kita cuba sedaya mungkin.. bila tak rasa susah memang kita takkan tahu perlunya berusaha.. betul tak?
manusia adalah terbatas...ada yang lebih, ada yang kurang, ada yang lebih kurang....hanya akal yang tak terbatas..jessica tak pny tangan..tapi kita...?
Salam Yani...akak pun kagum dengan apa yang telah dicapai dan mampu dilakukan...
Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ada keistimewaan masing2...cuma kadang2 kita terlepas pandang...dimana istimewanya kita...dan mereka yang pandai mencari sendiri serta berfikiran positif aje yang mampu mencapai walau sesukar mana pun sesuatu yang diingininya...
Dan kita jgn sesekali berasa putus asa atas apa yang telah dikurniakan kepada kita...
MiSya : Insaf, insaf, insaf. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berusahalah.
-------
julietchun : Sememangnya dia adalah seorang yang tabah dan bersemangat waja, walaupun kekurangan anggota badan namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencapai apa yang ingin dikecapinya.
-------
SRISUFI : dari biasa ke luar biasa? nak jadik ultraman ke? huhuhu...Gambatte, sahabat.
-------
iina: Jom, tingkatkan usaha kita bersama. Chaiyok...Chaiyok...
-------
akupentoi dan anie : Dari itu mari kita sama-sama menyelidik dan mencari kelebihan yang ada pada diri kita...Apa pun, keyakinan diri adalah pemangkin kepada kejayaan..
salam yani.. baru berpeluang nak tinggal komen.. selalunya passing by jer.. sorry yer sayang..
hmm.. bagi kaktiny... kengkadang kita yg 'normal' ni terlampau rasa 'sempurna' sampai rasa 'cukup' dgn apa yang 'sudah' ada.. dan kita terlupa 'berusaha' dgn segala kudrat dan kemampuan.. sbb terlalu 'selesa'.. (menilai diri sendiri sebenarnya).. huhuh..
KAKTINY : it's ok kak tiny :)
hurm memang pedas sungguh kata-kata kaktiny sehingga berdesing telingaku...huhuhu :)
memang betul tu kaktiny, mungkin banyak lagi kejayaan yang akan kita kecapi kalau kita terus berusaha, kan...
GAMBATTE!!!
usaha tgga kjayaan... :)
tgk jessica fox ni dkt channel KBS world ch 303...prog wednesday special..huh..org2 korea btl2 kagun ngan dia nih..huhu bkn korea je, tp seluruh dunia....
Post a Comment